Berita Harian

Perkenal teknologi IBS di Kemboja

-

Interlocki­ng Brick System (IBS).

Pensyarah Kanan FSSH, Shahrin Hashim, berkata pihaknya berhasrat memindahka­n teknologi itu kepada penduduk Kampung Nombor 4 Chongkoh dengan perancanga­nnya untuk menyediaka­n keupayaan menghasilk­an bata IBS.

Katanya, langkah itu sebagai antara industri kecil yang berupaya dibangunka­n oleh penduduk tempatan, sekali gus mampu memberikan peluang pekerjaan dan sumber ekonomi kepada mereka.

Skala IKS

“Kumpulan pelajar dari FK dan FS UTM menerangka­n konsep menyediaka­n bata IBS serta memberi tunjuk ajar kepada penduduk, di samping menyampaik­an penerangan mengenai penyusunan bata dengan betul terutama bagi membina rumah yang sempurna.

“Kelebihan teknologi IBS ialah kos pembinaan rumah jauh lebih murah, malah tempoh menyiapkan rumah dapat dipercepat­kan iaitu dalam masa seminggu bagi rumah yang menempatka­n dua bilik tidur, ruang tamu dan dapur,” katanya kepada BH Varsiti.

Shahrin berkata, pihaknya juga menyumbang sebuah mesin pengeluara­n bata IBS kepada kampung berkenaan bagi dimanfaatk­an untuk meningkatk­an taraf ekonomi penduduk bagi tempoh panjang.

Menariknya, terdapat sumber bahan mentah iaitu tanah poros dan pasir sesuai untuk dijadikan bata IBS yang berkualiti boleh diperoleh di sekitar kampung berkenaan.

“Bahan membuat bata IBS adalah sangat ringkas iaitu campuran tiga bahan asas yang terdiri daripada tanah poros, pasir dan simen sebelum dimampatka­n menggunaka­n mesin pemampat khas bagi membentuk bata IBS yang sempurna.

“Ini adalah peluang untuk penduduk kampung menghasilk­an bata IBS pada skala Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sebelum kami merancang mendirikan sebuah kilang kecil bata IBS pada Oktober depan membabitka­n pasukan pelajar yang aktif dalam projek Program Pembelajar­an Servis Antarabang­sa (ISLP),” katanya.

 ??  ?? Pelan perancanga­n pembinaan rumah IBS di kampung Nombor 4 Chongkoh, Kampong Chhnang
Pelan perancanga­n pembinaan rumah IBS di kampung Nombor 4 Chongkoh, Kampong Chhnang
 ??  ?? Kajian kesesuaian bahan asas tempatan untuk pembuatan bata IBS berkualiti.
Kajian kesesuaian bahan asas tempatan untuk pembuatan bata IBS berkualiti.
 ??  ?? Sukarelawa­n UTM menggaul simen untuk menyediaka­n bata IBS.
Sukarelawa­n UTM menggaul simen untuk menyediaka­n bata IBS.
 ??  ?? Penyerahan simbolik bata IBS kepada ketua kampung tersebut.
Penyerahan simbolik bata IBS kepada ketua kampung tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia