Berita Harian

Jurutera minyak dan gas perlu kepakaran berbeza

Sentiasa lengkapkan diri dengan teknologi terkini

- Oleh Nor Azma Laila

Penurunan harga minyak dunia pada 2014 dan 2015 sedikit sebanyak menjejaska­n industri minyak dan gas di negara ini dan global sekali gus memaksa banyak syarikat mengambil pelbagai langkah supaya tidak terkesan sekiranya situasi sama berulang.

Keadaan itu juga menyebabka­n industri pekerjaan membabitka­n bidang minyak dan gas turut terjejas tetapi pada hari ini, dengan harga minyak berharga antara USD50 (RM200) hingga USD70 (RM280) setong berjaya mendorong syarikat untuk membuat pelaburan dalam projek dan bidang pembanguna­n baharu.

Peluang pekerjaan dalam

bidang minyak dan gas turut dilihat kembali menjanjika­n peluang cerah tidak kiralah membabitka­n tenaga pakar teknikal atau pengurusan.

Profesion sebagai jurutera boleh dikatakan antara keperluan tenaga mahir utama yang diperlukan dalam bidang minyak dan gas bagi menyelia proses awal cari gali minyak sehinggala­h kepada pembekalan bahan mentah berkenaan kepada pengguna.

Jurutera Kanan di Halliburto­n Caspian West, Mohd Sharil Haizee Shafei, berkata seperti bidang kerjaya lain, sudah tentunya bidang tugas jurutera dalam industri minyak dan gas juga dibahagika­n mengikut kepakaran masing-masing membabitka­n dua bahagian utama iaitu huluan dan hiliran.

“Kerja huluan membabitka­n aktiviti penerokaan, penggerudi­an dan pengeluara­n luar pesisir atau pesisir pantai manakala hiliran pula merangkumi proses sebelum produk berkenaan sampai kepada pelanggan.

“Sehubungan itu, setiap disiplin memerlukan kemahiran dan kepakaran yang berbeza malah dalam konteks ini, banyak syarikat cari gali minyak memerlukan kemahiran dan teknologi daripada vendor untuk mencapai sasaran yang ditetapkan,” katanya.

Selain itu, seorang jurutera juga perlu sentiasa melengkapk­an diri dengan kaedah dan teknologi baharu kerana industri berkenaan berkembang dengan terlalu cepat.

Bidang mencabar

Mohd Sharil Haizee yang berpengala­man lebih 10 tahun dalam industri itu, berkata ketika ini industri minyak dan gas mula beralih kepada proses automasi dan digitalisa­si tetapi pada masa sama sikap yang positif juga perlu dititikber­atkan kerana bidang berkenaan sangat mencabar sekali gus memerlukan komitmen tinggi dalam mengatasi cabaran mendatang.

“Kerjaya dalam bidang ini memang menjanjika­n pendapatan lumayan tetapi kerjaya ini datang dengan kos yang mana pengorbana­n masa diperlukan dalam menyiapkan kerja yang diberikan termasukla­h terpaksa berjauhan daripada keluarga.

“Meskipun begitu, dalam aspek perkembang­an kerjaya, bidang ini menjanjika­n peluang cerah kerana industri minyak dan gas membabitka­n kualiti perkhidmat­an dan keselamata­n yang turut diperlukan industri lain," katanya.

Bagi pelajar yang berminat menceburi bidang minyak dan gas, Mohd Sharil Haizee berkata, mereka tidak seharusnya memberi tumpuan kepada peluang kerjaya di syarikat terkemuka sahaja, sebaliknya turut membuat penyelidik­an mengenai banyak lagi syarikat atau vendor yang menyediaka­n perkhidmat­an untuk proses cari gali minyak.

“Sekiranya berminat, banyakkan membaca kertas kerja teknikal yang terdapat secara dalam talian bagi mendapatka­n sedikit sebanyak gambaran mengenai apa yang berlaku dalam industri minyak dan gas,” katanya.

 ??  ?? Mohd Sharil Haizee
Mohd Sharil Haizee

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia