Berita Harian

Karnival I-CARE 5.0 tingkat kebolehpas­aran graduan PMM

-

Kuala Lumpur: Karnival Kerjaya Internship & Career Excellence Day 5.0 atau lebih dikenali sebagai I-CARE 5.0 anjuran Politeknik Merlimau, Melaka (PMM) dengan kerjasama Jobmalaysi­a Melaka berjaya menyumbang ke arah peningkata­n kadar kebolehpas­aran graduan PMM.

Pengarahny­a, Rosli Hamid, berkata program itu bertujuan memberi peluang kepada orang ramai dan pelajar yang tamat latihan industri untuk terus mendapatka­n pekerjaan tanpa perlu berlengah.

“Lebih 900 pelajar PMM yang sudah menghabisk­an latihan industri hadir ke program ini bermula dari jam 8 pagi sehingga 4.30 petang bagi merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat yang mengambil bahagian.

“Kejayaan program ini yang sudah masuk tahun kelima penganjura­n adalah hasil kerjasama erat antara PMM dengan Jobmalaysi­a Melaka,” katanya pada majlis perasmian karnival berkenaan, barubaru ini.

Program tahunan

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka, Rosli Jantan; Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PMM, Mohamad Nazri Ismail; Ketua Unit

(CISEC) PMM, Mohd As’ri Chik dan Ketua Unit Perhubunga­n & Latihan Industri PMM, Ishak Mohamed Basir.

Sebanyak 19 majikan mengambil bahagian dalam karnival berkenaan yang menawarkan lebih 1,000 jawatan kosong untuk diisi.

Selain majikan, beberapa universiti awam (UA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) turut menyertai karnival berkenaan termasuk Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Rosli berkata, karnival itu adalah program tahunan yang dianjurkan dua kali setahun sempena mengambil peluang pelajar kembali melapor diri semula ke PMM selepas menjalani latihan industri pada April dan November setiap tahun.

“Impak program seumpama ini amat baik kerana sedikit sebanyak pelajar dapat didedahkan dengan cara menghasilk­an resume, persiapan sebelum temu duga, cara menjawab temu duga dan pelbagai panduan lain oleh pihak Jobmalaysi­a.

“Karnival ini juga sedikit sebanyak menyumbang kepada peningkata­n kebolehpas­aran PMM iaitu sebanyak 94 peratus dan institusi pendidikan ini berjaya melahirkan seramai 21,580 graduan sejak penubuhann­ya pada 2002,” katanya.

 ??  ?? Dewan Platinum PMM dipenuhi orang ramai bagi mendapatka­n peluang pekerjaan.
Dewan Platinum PMM dipenuhi orang ramai bagi mendapatka­n peluang pekerjaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia