Berita Harian

Jual kurta menjelang Aidilfitri

Tampil kelainan dengan menceburi bisnes pakaian

- Oleh Nor Azma Laila

Sejak di bangku sekolah lagi, pelajar Sarjana Komunikasi Massa, Universiti Teknologi MARA (UITM), Ahmad Naqiuddin Mohamad sudah mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan.

Minat itu akhirnya diteruskan secara serius pada 2016 dengan penubuhan syarikat pertama yang memberi fokus kepada perniagaan menyediaka­n perkhidmat­an latihan dan rundingan berkaitan bidang kepimpinan.

Sehingga kini, anak muda yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan itu sudah mempunyai empat syarikat yang diletakkan di bawah empayar perniagaan dikenali sebagai Kenchana Holdings.

Memandangk­an empat syarikat berkenaan lebih

memberi tumpuan kepada perniagaan penyediaan perkhidmat­an, Kenchana Holdings tampil dengan kelainan pada kali ini apabila menceburi cabang bisnes baharu iaitu pakaian.

Ahmad Naqiuddin berkata, mengambil kira permintaan pelanggan untuk Hari Raya Aidilfitri menjelang Jun ini, syarikat membuat keputusan untuk mengeluark­an baju raya iaitu kurta.

Katanya, percubaan pertama itu dibuat berbekalka­n modal permulaan sebanyak RM250,000 membabitka­n pengeluara­n sebanyak 4,000 helai kurta yang didatangka­n dalam tujuh warna pilihan.

Membina jenama

“Kurta yang menggunaka­n 95 peratus kain kapas dan lima peratus poliester ini dijual dengan harga RM129 dan boleh dibeli melalui laman web www.tujuh8 enam.com dan media sosial.

“Syarikat tidak meletakkan sasaran keuntungan yang tinggi untuk produk kurta ini memandangk­an ini tahun pertama pengeluara­n sebaliknya lebih memberi tumpuan kepada aspek membina jenama dalam pasaran dan mendapatka­n keyakinan pelanggan terlebih dulu,” katanya.

Selain itu, Ahmad Naqiuddin berkata, syarikat turut memberi tumpuan kepada proses promosi dan pemasaran kurta berkenaan dengan membuat iklan di televisyen swasta.

“Kami juga turut membuat promosi melalui ‘social media influencer’, facebook dan instagram serta membuat penajaan pakaian untuk menarik lebih ramai pengguna tahu mengenai Antara pilihan warna jenama kurta ini.

“Tidak dinafikan, persaingan daripada jenama lain tetap ada kerana itu adalah asam garam dunia perniagaan tetapi jika kena dengan strategi dan usaha berterusan, saya yakin produk ini juga mampu sebaris dengan jenama lain pada masa akan datang,” katanya.

 ?? [FOTO OLEH SADDAM/ BH] ?? Ahmad Naqiuddin menggayaka­n yang ditawarkan oleh Kenchana Holdings untuk koleksi kurta tahun ini.
[FOTO OLEH SADDAM/ BH] Ahmad Naqiuddin menggayaka­n yang ditawarkan oleh Kenchana Holdings untuk koleksi kurta tahun ini.
 ??  ?? kurta yang dihasilkan oleh Kenchana Holdings.
kurta yang dihasilkan oleh Kenchana Holdings.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia