Berita Harian

Unipreneur Fest dedah bidang keusahawan­an

-

Kuala Lumpur: Program Unipreneur Fest anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang diadakan barubaru ini memberi pendedahan luas kepada mahasiswa mengenai aktiviti keusahawan­an yang boleh diceburi pelajar.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK, Prof Dr Zaliman Sauli, berkata program itu diharap dapat memberi impak dan mewujudkan kerjasama antara universiti awam (UA) di negara ini dan masyarakat sekitar sekali gus memberi pendedahan kepada pelajar mengenai bidang keusahawan­an, sukan dan kebudayaan.

Katanya, pelbagai aktiviti diadakan sempena festival berkenaan termasuk Forum Keusahawan­an Mahasiswa, Media Talk Bersama Alumni dan Pameran Produk Syarikat Siswa Universiti.

“Turut diadakan ialah larian Run UMK, persembaha­n kebudayaan seperti dikir barat, tarian inang oleh pelajar UMK serta pameran dan perkongsia­n daripada syarikat telekomuni­kasi Celcom dan agensi di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan iaitu SMECORP serta Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MAGIC).

“Terdapat 44 gerai pameran syarikat pelajar, 10 gerai pameran yang menjual pelbagai jenis barangan terutama makanan, minuman dan cenderamat­a, manakala untuk orang awam UMK menyediaka­n 10 tapak untuk trak makanan dan 20 tapak jualan car boot,” katanya.

Majlis perasmian program Unipreneur Fest disempurna­kan Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, Datuk Husammuddi­n Yaacob.

Menghidu peluang

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa) UMK, Prof Dr Mohd Rafi Yaacob dan Timbalan Pengarah Pusat Keusahawan­an UMK selaku Pengarah Program Unipreneur Fest, Wan Mohd Yusuff Wan Ibrahim.

Program yang diadakan selama tiga hari itu mendapat penyertaan 12 UA tempatan dan luar negara

Sementara itu, Husammuddi­n berkata, perbezaan antara usahawan dengan ‘manusia biasa’ ialah seorang usahawan itu dapat menghidu peluang untuk menjana pendapatan melalui perniagaan.

Katanya, seorang usahawan memiliki keistimewa­an tersendiri kerana mereka dapat mereka bentuk kejayaan dan pada masa sama mengambil inisiatif dalam melontarka­n idea baharu.

“Selain itu, usahawan juga perlu memiliki kemahiran menghidu peluang dan berfikir secara kreatif, justeru mahasiswa UMK yang mahu bergelar sebagai usahawan perlu ada kemahiran itu,” katanya.

 ??  ?? Prof Zaliman (dua dari kiri) dan Husammuddi­n (kiri) melawat gerai pameran yang dibuka sempena Unipreneur Fest UMK, baru-baru ini.
Prof Zaliman (dua dari kiri) dan Husammuddi­n (kiri) melawat gerai pameran yang dibuka sempena Unipreneur Fest UMK, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia