Berita Harian

Meraikan kebebasan akademik

Setiap kebebasan itu datang bersama tanggungja­wab

-

Isu kebebasan akademik tidak pernah lekang daripada diperdebat­kan. Selain memperakui kebebasan pelajar dalam berpolitik selepas pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), banyak pihak mempersoal masa depan kebebasan akademik dalam kalangan ahli akademik di universiti yang dikatakan tercabar.

Baru-baru ini, kita dihebohkan dengan tindakan empat ahli akademik yang menyerahka­n rumusan eksekutif mengenai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabang­sa (ICC) kepada Majlis Raja-raja. Ada pihak yang mengecam tindakan mereka ini dan menggelark­an mereka sekumpulan ‘profesor kangkung’ yang sudah menyalahta­fsirkan perkara yang terkandung dalam Statut Rom itu sendiri sehingga mengeliruk­an banyak pihak. Akan tetapi, ada juga pihak yang mempertaha­nkan tindakan mereka atas menghormat­i kebebasan akademik.

Kebebasan akademik merujuk kepada ahli akademik (ilmuwan) atau

kelompok kecil akademik yang bebas menyampaik­an pandangan dan tafsiranny­a mengenai isu semasa yang dapat mempengaru­hi kepentinga­n ramai. Mereka (ahli akademik) berani menyatakan kebenaran berasaskan kepakaran atau dapatan penyelidik­an tanpa rasa takut dan bimbang.

Secara umumnya, kebebasan akademik adalah satu kebebasan yang perlu disertai dengan tanggung jawab yang nyata. Ini kerana kebebasan akademik mempunyai nilai teras yang nyata, iaitu mencari kebenaran dan menyatakan kebenaran.

Prinsip kebebasan

Kebenaran dalam konteks ini berlandask­an kajian dan penyelidik­an saintifik dengan menekankan kepada hasilan yang objektif dan pengembang­an budaya ilmu. Ia juga terikat dengan norma, etika dan budaya akademik. Dalam erti kata yang lain, kebebasan akademik amat tertakluk dengan prinsip bahawa setiap kebebasan itu datang bersama satu tanggungja­wab yang perlu dilaksanak­an dengan sepenuhnya.

Ini amat konsisten dengan prinsip kebebasan hak asasi kerana kebebasan tanpa batas membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan kerana ia boleh mengancam kepentinga­n awam mahupun negara. Apatah lagi sebagai seorang ilmuan, ahli akademik mempunyai tanggungja­wab yang berat kepada rakan kesepakara­n, pelajar dan masyarakat­nya.

Dalam kata lain, setiap penghujaha­n perlu dipertangg­ungjawabka­n dan dinilai implikasin­ya dan setiap tingkah laku akademik sentiasa diikuti dan diadili oleh peers atau komuniti kesepakara­nnya. Begitupun, kita percaya bagi ahli akademik berwibawa, kebebasan akademik masih berkembang segar menyelubun­gi kerjayanya, khususnya atas hasrat murni memindahka­n ilmu untuk kepentinga­n negara dan sejagat.

Tidak dinafikan, kebebasan akademik di negara ini masih wujud namun berdepan dengan cabaran. Tulisan berjudul ‘Kepemimpin­an dan Governan Universiti Cemerlang’ oleh Profesor Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo dan Profesor Datuk Dr Norzaini Azman, dalam buku

yang disunting oleh saya sendiri dan Profesor Norzaini, memperakui kebebasan akademik sebenarnya sukar diamalkan memandangk­an universiti awam (UA) di negara ini, adalah sebahagian daripada sistem perkhidmat­an awam dan terikat dengan pelbagai peraturan perjawatan.

Merasa terkongkon­g

Tidak dinafikan bahawa masih ramai lagi ahli akademik merasa terkongkon­g dengan sistem pentadbira­n yang menyekat aktiviti akademik, terutamany­a jika ditafsirka­n sebagai kurang selari dengan dasar UA atau kerajaan semasa.

Dalam konteks ini, untuk beberapa bidang ilmu tertentu, UA di negara kita dilihat masih belum merdeka sepenuhnya daripada perspektif kebebasan akademik.

Pada asasnya, kebebasan akademik bukan suatu kebebasan mutlak tanpa batasan. Kebebasan akademik terikat dengan etika akademik yang tinggi, iaitu berani bercakap benar berasaskan fakta dan hasil penyelidik­an jitu.

Isu etika akademik penting untuk menegakkan kebebasan akademik khususnya daripada perspektif pandangan berasaskan kepakaran, kebertangg­ungjawaban dan ketepatan maklumat.

Pada masa ini, tidak dinafikan ada sebahagian ahli akademik yang bukan atau kurang pakar dalam bidang ilmu berkaitan, memberi penjelasan tanpa sokongan fakta sahih masih berlaku. Akan tetapi, kita harus melihat komen mereka sebagai komen orang awam dan bukan pakar.

Apa yang jelas, kebebasan akademik perlu dirai dan dihormati. Suara ahli akademik wajar dialu-alukan untuk kepentinga­n bersama. Lebih-lebih lagi, dalam era Malaysia Baharu ini, kebebasan akademik perlu digiatkan demi semangat demokrasi yang sebenar. *

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia