Berita Harian

Menelusuri pendidikan tahfiz di Malaysia

-

Kuala Lumpur: Buku

hasil tulisan pensyarah di Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaa­n, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Dr Rashidi Abbas memberi peluang kepada pembaca melihat perkembang­an pendidikan tahfiz di negara ini.

Ia sejajar dengan objektif utama penerbitan buku berkenaan yang bertujuan untuk melihat sejauh mana perkembang­an pendidikan tahfiz serta kemahiran insaniah (KI) dalam kalangan hufaz khususnya dalam dimensi kemahiran generik untuk berdepan dengan cabaran semasa.

Dr Rashidi berkata, melalui buku berkenaan, pembaca dapat mengetahui mengenai penerapan tujuh elemen kemahiran generik yang bertujuan untuk memastikan keseimbang­an seorang hafiz dapat dihasilkan dengan cemerlang.

Katanya, kemahiran yang dimaksudka­n ialah kemahiran berkomunik­asi, pemikiran kritis dan menyelesai­kan masalah, kerja berpasukan, pembelajar­an berterusan dan pengurusan maklumat, keusahawan­an, etika dan moral profesiona­l serta kepemimpin­an.

Terima anugerah

“Buku ini juga sebagai menyokong hasrat kerajaan yang menyasarka­n bagi melahirkan 125,000 hufaz seluruh negara menjelang 2050 serta melahirkan generasi ulul albab yang beriman dan bertakwa.

“Hufaz yang dilahirkan perlu dibentuk menjadi pemimpin dan tenaga kerja profesiona­l dan bukan terhad kepada jawatan imam sahaja. Buku ini juga ialah buku penyelidik­an dalam meningkatk­an kemahiran al-quran dalam kalangan pelajar,” katanya.

Buku berkenaan turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Buku Negara 2019, Buku Umum Terbaik (Kategori Pendidikan) di Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur (PBAKL) 2019, baru-baru ini.

Orang ramai yang ingin mendapatka­n buku berkenaan boleh membuat pembelian secara dalam talian atau melalui Penerbit UMP.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia