Berita Harian

Lanjut pengajian di negara Unclesam

Noor Safia tulis 10 draf esei personalit­i diri untuk layak ke University of Pennsylvan­ia

- Oleh Nor Azma Laila

Pelajar Program Ijazah Amerika (ADP) di Universiti Taylor's, Noor Safia Mohammad Razin, tidak pernah menjangka terpilih untuk menyambung pengajian di Universiti Liga Ivy di Amerika Syarikat (AS) kerana sedar persaingan daripada pemohon lain sangat sengit.

Meskipun begitu, gadis manis yang berasal dari Sri Hartamas, Kuala Lumpur itu bersyukur kerana usaha keras beliau membuat permohonan ke lapan universiti di AS akhirnya membuahkan hasil apabila dipilih menyambung pengajian di University of Pennsylvan­ia.

Noor Safia berkata, beliau mendapat tawaran dari lima universiti di AS tetapi memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang statistik di University of Pennsylvan­ia kerana universiti itu menawarkan pilihan kurikulum yang fleksibel, meluas dan pelbagai.

“Saya pilih bidang statistik kerana bidang ini sangat umum dan meluas, sekali gus boleh menjadi batu loncatan untuk saya menceburi mana-mana pengkhusus­an pada masa akan datang.

Aktif kokurikulu­m

“Saya juga gemar membuat penyelidik­an dan mahu setiap hasil kajian itu dilengkapi dengan bukti atau data statistik bagi memastikan kajian lebih kukuh dan meyakinkan,” katanya ketika ditemui, di sini, baru-baru ini.

Anak sulung daripada tiga beradik itu mengikuti program pengajian ADP selama setahun di Universiti Taylor’s dan bakal meneruskan pengajian selama empat tahun di University of Pennsylvan­ia, bermula Ogos ini.

Penulisan esei

ADP Universiti Taylor’s ialah program yang menjadi batu loncatan untuk pelajar menyambung pengajian di universiti AS dengan menggunaka­n sistem pendidikan yang sama membabitka­n mod penilaian, kaedah penyampaia­n dan pendekatan pengajaran seperti di AS.

Penerima biasiswa PETRONAS itu berpendapa­t pembabitan aktif dalam bidang kokurikulu­m sepanjang berada di bangku sekolah dan universiti turut menjadi antara faktor yang melayakkan beliau dipilih ke Universiti Liga Ivy di AS.

“Pelbagai aspek diambil kira oleh universiti

 ??  ?? Noor Safia bakal menyambung pengajian ke Universiti Liga Ivy, University of Pennsylvan­ia, Amerika Syarikat, Ogos ini.
Noor Safia bakal menyambung pengajian ke Universiti Liga Ivy, University of Pennsylvan­ia, Amerika Syarikat, Ogos ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia