Berita Harian

Melakar panorama indah dasar laut

Kerangka disaluti substrat khas digunakan untuk galakkan propagasi karang

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Malaysia ialah negara yang kaya dengan keindahan dasar laut, namun disebabkan faktor seperti perubahan iklim, cuaca tidak menentu dan ancaman penceroboh­an kawasan karang menyebabka­n banyak hidupannya mati, sekali gus menjejaska­n ekosistem marin di negara ini.

Sehubungan itu, inisiatif murni yang dilaksanak­an Management and Science University (MSU) melalui MSU Mycoral Underwater Seascape sejak 2016 dilihat langkah bertepatan terutama bagi meningkatk­an populasi karang menerusi kaedah propagasi.

Ketua projek inovasi itu, Mohd Hairulniza­m Ibrahim, berkata penyelidik­an inovasi dibangunka­n di Pulau Geluk, Terengganu itu menggunaka­n kerangka karang yang spesifik untuk propagasin­ya iaitu mampu membentuk satu panorama indah pada dasar laut mengikut cita rasa sendiri.

Beliau berkata, sebelum memulakan aktiviti propagasi, pihaknya meninjau terlebih dahulu kawasan bersesuaia­n untuk melakukan propagasi khususnya terhadap faktor yang dapat menggalakk­an karang membiak, selain proses lakaran pemandanga­n laut yang sesuai.

“Kami menggunaka­n kerangka karang yang disaluti dengan substrat khas bagi menggalakk­an usaha propagasi karang di mana pada projek pertama, kami menggunaka­n karang genus Acropora untuk tujuan itu kerana spesies ini cepat membesar,” katanya kepada BH Varsiti.

Sumber nutrien

Menjelaska­n lebih lanjut, Hairulniza­m berkata, karang memberi pelbagai manfaat kepada hidupan marin seperti berfungsi sebagai sumber nutrien dan kelestaria­n kepada hidupan dasar laut.

Katanya, ekosistem yang baharu diwujudkan dengan kehadiran karang berkenaan berupaya meningkatk­an populasi ikan, sekali gus dapat membantu meningkatk­an hasil tangkapan nelayan.

“Pembanguna­n projek ini antara usaha bagi memberi kesedaran kepada komuniti setempat bahawa semua pihak perlu bekerjasam­a dalam pemulihara­an dan pemelihara­an khazanah negara khususnya dalam membaik pulih sumber serta ekosistem yang kian terancam.

“Berdasarka­n pemantauan, tempoh masa diambil untuk satu kerangka karang dapat menunjukka­n hasil memberangs­angkan ialah kira-kira dua tahun, malah, peningkata­n bilangan populasi ikan menunjukka­n hasil yang amat positif,” katanya.

Hairulniza­m mengakui terdapat beberapa cabaran dan kekangan ditempuhi antaranya kebanyakan karang terdedah kepada ancaman luar seperti aktiviti pukat tunda, bom ikan dan sauh kapal yang tersangkut pada karang berkenaan.

Bantuan dana

“Di Malaysia, hanya karang yang berada di kawasan Taman Laut sahaja dipelihara, manakala selebihnya terdedah dengan pelbagai ancaman, oleh itu, kesedaran ini perlu diperluask­an agar semua pihak dapat memainkan peranan masingmasi­ng untuk memelihara khazanah berharga ini.

“Selain itu, cabaran yang dihadapi adalah dari segi dana untuk membangunk­an projek ini yang mana kos untuk memulihara karang ini agak tinggi. Sekiranya banyak pihak tampil membantu usaha ini, lebih banyak kawasan propagasi karang dapat dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan memperluas­kan usaha kesedaran penjagaan khazanah berkenaan kepada masyarakat sekitar melalui kempen kesedaran kepada persatuan nelayan, agensi pelanconga­n, pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

“Diharapkan pelaksanaa­n propagasi karang yang dijalankan MSU secara tidak langsung akan menarik minat komuniti mengenai betapa indahnya hidupan marin sekiranya dapat dijaga dengan sebaiknya, sekali gus terbabit secara langsung dalam usaha ini,” katanya.

 ??  ?? Mohd Hairulniza­m (kanan) dan kumpulan penyelidik marin menjalanka­n aktiviti pengumpula­n data pembesaran karang pada kerangka.
Mohd Hairulniza­m (kanan) dan kumpulan penyelidik marin menjalanka­n aktiviti pengumpula­n data pembesaran karang pada kerangka.
 ??  ?? Mycoral Underwater Seascape meraih Anugerah Penciptaan Hijau Terbaik pada Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabang­sa (ITEX) 2019.
Mycoral Underwater Seascape meraih Anugerah Penciptaan Hijau Terbaik pada Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabang­sa (ITEX) 2019.
 ??  ?? Sebahagian sukarelawa­n terdiri daripada pensyarah, mahasiswa dan alumni MSU yang turut terbabit bersama-sama menjayakan Projek Mycoral 3.0 pada tahun lalu.
Sebahagian sukarelawa­n terdiri daripada pensyarah, mahasiswa dan alumni MSU yang turut terbabit bersama-sama menjayakan Projek Mycoral 3.0 pada tahun lalu.
 ??  ?? Antara bentuk kerangka tukun yang digunakan bagi projek Mycoral Underwater Seascape.
Antara bentuk kerangka tukun yang digunakan bagi projek Mycoral Underwater Seascape.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia