Berita Harian

Maxis tampil kedai konsep interaksi digital

Tanda aras industri telekomuni­kasi, menjangkau sektor runcit

- Oleh Nabil Basaruddin

utama.

“Antaranya ialah memenuhi gaya hidup digital setiap pelanggan, memberikan pengalaman berbeza dan mengembang­kan budaya inovasi serta kecekapan.

Tanda aras industri

“Pengenalan kedai konsep ini bukan saja sebagai tanda aras bagi industri telekomuni­kasi, malah turut menjangkau­i sektor runcit secara keseluruha­nnya,” katanya pada majlis pelancaran kedai konsep itu di Kuala Lumpur, semalam.

Kedai konsep Maxis itu mempunyai enam ciri yang bakal menjadi pencetus kepada pengalaman interaksi digital kepada pelanggan seperti Pembantu Runcit Interaktif Maxis (MIRA), yang mana pelanggan hanya perlu mengimbas kod QR pada skrin digital.

Ciri lain yang berada di kedai konsep itu adalah aplikasi penemuan untuk peranti demonstras­i, skrin digital gergasi dan 11 unit skrin 98 inci, analisis runcit, RFID dan titik jualan mudah alih serta biometrik tanpa wayar.

Tawar pelbagai khidmat

Gokhan berkata, kedai konsep berkenaan turut menawarkan pelbagai perkhidmat­an kepada pelanggan dalam segmen perusahaan runcit, sejajar dengan tumpuan syarikat untuk membantu peruncit memodenkan pengalaman dalam talian dan luar talian mereka menerusi penyelesai­an e-dagang.

“Ini membolehka­n peruncit berpeluang untuk menawarkan pengalaman digital dan peribadi kepada pelanggan mereka sendiri seterusnya menjadi lebih berdaya maju dan mengukuhka­n perniagaan,” katanya.

Selain itu, Maxis katanya juga sentiasa menjalin kerjasama dengan jenama terkemuka bagi melengkapk­an pengalaman pelanggan secara menyeluruh melalui acara dan aktiviti istimewa.

“Bulan ini, kedai ini juga akan menampilka­n zon permainan Razer dan pelanggan juga boleh menyertai pertanding­an permainan mudah alih terkini serta memenangi hadiah menarik,” katanya.

 ?? [FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI /BH] ?? Gokhan (kanan) mencuba permainan telefon pintar pada majlis pelancaran kedai konsep baharu Maxis di pusat beli-belah Gardens Mid Valley, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI /BH] Gokhan (kanan) mencuba permainan telefon pintar pada majlis pelancaran kedai konsep baharu Maxis di pusat beli-belah Gardens Mid Valley, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia