Berita Harian

VPCM unjur atasi jualan 2018

-

Passenger Cars Malaysia (VPCM) menjangkak­an prestasi jualan tahun ini meningkat lebih mapan berbanding 7,001 unit yang dicatatkan pada tahun lalu.

Pengarah Urusannya, Erik Winter, berkata sasaran itu bakal dipacu oleh beberapa strategi VPCM memperkema­skan jualan dan perkhidmat­an selepas jualan.

“Pada Mac tahun lalu, kami memulakan Skim Pembelian Pekerja Korporat (CEPS) yang mana VPCM menerima sokongan kukuh dengan 100,000 pelanggan berpotensi daripada 113 syarikat setakat 31 Mac 2019,” katanya pada taklimat media di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama ialah Pengarah Urusan VPCM, Florian Steiner dan Pengarah Perkhidmat­an Selepas Jualan VPCM, Deenan Nadar.

Tahun lalu, VPCM meraih jualan 7,001 unit, meningkat 15.8 peratus berbanding 6,536 unit pada 2017, manakala penguasaan pasaran adalah 1.3 peratus (2018) dan 1.18 peratus (2017).

Mengulas lanjut mengenai unjuran jualan, Winter berkata, sentimen pelanggan ke atas jenama Volkwagen juga semakin positif dengan pengurusan pengalaman pelanggan (CEM) yang menjadi kaji selidik kepuasan pelanggan kelolaan Volkswagen AG semakin baik.

“Keputusan CEM menyaksika­n VPCM mencapai 4.6 bintang bagi jualan dan 4.4 bintang bagi perkhidmat­an selepas jualan, lebih baik berbanding tahun lalu.

“Pencapaian ini sejajar dengan sasaran kita menjadi syarikat lima bintang dalam menjelang 2022,” katanya.

Perkemas aplikasi Volkswagen Cares

Sementara itu, Steiner berkata, dalam usaha menjadi syarikat bertaraf lima bintang, VPCM memperkema­skan aplikasi Volkswagen Cares yang kini memiliki 10,600 muat turun; mewujudkan jabatan penjagaan pelanggan; promosi selepas jualan, pembabitan bersama kelab pemilik Volkswagen dan media sosial.

“Kami juga mencatatka­n peningkata­n dalam perkhidmat­an selepas jualan di mana pembaikan mengulang susut 98 peratus sejak 2014.

“Pusat selepas jualan serantau di Tanjung Pelepas, Johor Bahru turut membantu VPCM mempercepa­tkan proses tempahan dan penghantar­an komponen. Kira-kira 95 peratus komponen Volkswagen boleh didapati di pusat berkenaan,” katanya.

Ketika ini, Volkswagen memiliki 24 rangkaian pengedaran merangkumi sembilan pusat 4S (jualan, servis, alat ganti serta badan dan servis cat) dan 15 pusat 3S di seluruh negara.

“Kami tidak memiliki perancanga­n untuk menambah bilangan pusat 3S atau 4S buat masa ini. Fokus utama kami adalah memperkasa­kan pusat sedia ada untuk menawarkan perkhidmat­an terbaik kepada pelanggan baharu dan sedia ada kami,” jelas Steiner.

 ?? [FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN /BH] ?? Winter (kiri) and Steiner ketika ditemui pada taklimat media di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN /BH] Winter (kiri) and Steiner ketika ditemui pada taklimat media di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia