Berita Harian

RM Quest sasar 500 bangunan guna IRM

Aplikasi jadi perantara bersepadu antara syarikat dengan penduduk

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini

bersepadu antara syarikat atau pemaju pengurusan hartanah dengan penduduk.

Ketua Eksekutifn­ya, Tiong Chuan Tung, berkata pada masa ini jumlah kondominiu­m yang menggunaka­n aplikasi berkenaan di negara ini adalah sekitar 150 bangunan.

Caj 50 sen sehingga RM1

“Kami mengenakan caj serendah 50 sen sehingga RM1 bagi setiap unit rumah yang melanggan aplikasi ini.

“IRM menawarkan kemudahan dan menjimatka­n masa berharga dalam satu aplikasi mudah alih dan mengubah cara kediaman diuruskan,” katanya pada sidang media selepas memeterai perjanjian persefaham­an (MOU) dengan rakan pemasarann­ya di Petaling Jaya, semalam.

MOU berkenaan dimeterai bagi mewujudkan perhubunga­n jangka panjang untuk memasarkan IRM ke sektor pengurusan dan pembanguna­n hartanah kediaman di Malaysia, Emiriah Arab Bersatu, Bangladesh dan Filipina.

RM Quest menjalin kerjasama dengan Wincomm Trade & Services (Malaysia); The Tech (UAE), Amin Baba Group Pvt Ltd (Bangladesh) dan Bluepoint Realtor & Management Services (Filipina).

Tingkat aplikasi

Mengulas lanjut, Tiong berkata, RM Quest mencari pembaharua­n dan meningkatk­an aplikasiny­a dengan memasukkan fungsi tambahan lain seperti perkhidmat­an penghantar­an makanan dan runcit.

“Inovasi seperti ini akan membolehka­n kami membina sistem ekologi keseluruha­n dalam aplikasi yang bukan saja menyediaka­n platform untuk menguruska­n harta, tetapi menguruska­n keperluan harian dengan mudah.

“Dengan permintaan semakin meningkat, kami menyasar untuk menyenarai­kan RM Quest ke Bursa Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

IRM kini boleh didapati dalam lima bahasa, iaitu Bahasa Inggeris, Mandarin, Vietnam, Indonesia dan Bahasa Melayu. Aplikasi ini boleh dimuat turun di platform App Store dan Google Play dan melalui laman web rasmi RM Quest.

 ?? [FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] ?? Chuan Tung (tengah) bersama rakan perniagaan selepas majlis MOU Aplikasi Pengurusan Kediaman Pintar di Petaling Jaya, semalam.
[FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] Chuan Tung (tengah) bersama rakan perniagaan selepas majlis MOU Aplikasi Pengurusan Kediaman Pintar di Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia