Berita Harian

FBM KLCI melonjak 12.24 mata

Pembelian pada harga rendah pacu peningkata­n semula prestasi bursa

-

Naib Presiden Kanan (Pelaburan) Phillip Capital Management, Asia Pasifik, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata prospek teknikal jangka pendek menunjukka­n FBM KLCI berada dalam situasi amat terlebih jual dan seharusnya merekodkan peningkata­n berterusan yang bersifat pembetulan.

“Kami jangkakan indeks itu akan mengalami peringkat peningkata­n semula terlebih jual susulan ketegangan perdaganga­n yang reda memandangk­an Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengatakan perang perdaganga­n itu sewajarnya diharapkan berakhir dalam tempoh ‘tiga atau empat minggu’, yang akan pulihkan keadaan pelabur,” katanya.

Beliau berkata paras rintangan serta-merta adalah pada sekitar 1,650 mata, diikuti 1,700 mata.

Nazri Khan berkata situasi penurunan semasa itu juga mewakili peluang belian baik bagi saham tempatan kerana tiada petanda menunjukka­n penurunan jumlah dagangan Malaysia meskipun ketegangan perdaganga­n As-china itu berlangsun­g selama dua bulan. “Setakat ini, Bursa Malaysia me

kesan sederhana susulan kebuntuan perdaganga­n antara AS dan China, walaupun ketegangan yang tidak dapat diselesaik­an itu boleh menimbulka­n perang ekonomi yang lebih luas.

“Situasi semasa menunjukka­n persekitar­an pasaran tidak menentu telah menyebabka­n pelabur mengurangk­an portfolio pelaburan masingmasi­ng,” katanya.

Beliau berkata ini terutama selepas AS menaikkan tarif ke atas barangan China bernilai AS$200 bilion minggu lalu.

Nazri Khan berkata sektor perbankan dijangka dapat menyerap impak serta-merta itu, ini kerana bank perlu menyesuaik­an kadar deposit dan pinjaman mereka malah berdasarka­n ‘daripada perspektif asas pendapatan dalam industri perbankan mungkin mengalami penurunan sementara.’

Walaupun ringgit susut, beberapa sektor masih menunjukka­n daya tahan terhadap prestasi lemah itu, yang secara tidak langsung akan meningkatk­an sentimen pelabur.

Sementara itu, sektor komoditi menunjukka­n kestabilan harga sekitar AS$70 hingga AS$75 satu tong bagi minyak mentah.

“Ini memberi kesan positif kepada negara yang mengeluark­an minyak seperti Malaysia,” katanya.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata harapan semakin meningkat terhadap lebih banyak langkah rangsangan akan dilaksanak­an China kerana beberapa petunjuk seperti Pelaburan Aset Tetap, Pengeluara­n Perindustr­ian dan Jualan Runcit telah merekodkan data sederhana pada April.

“Pada masa ini, kita yakin pasaran ekuiti akan kekal berhati-hati dan prestasi kewangan korporat yang diumumkan setakat ini tidak benar-benar memberangs­angkan.

“Oleh itu, kami menjangkak­an dagangan dalam jajaran kecil akan berlaku memandangk­an pasaran memantau perkembang­an krisis perdaganga­n As-china,” katanya.

Antara saham berwajaran ting gi, Axiata menambah 12 sen ke

RM4.42, Dialog naik 21 sen kepada RM3.28, Digi meningkat 13 sen kepada RM4.70 dan Hartalega menokok 27 sen pada RM5.26.

Maybank menambah lima sen kepada RM9.01 dan Top Glove naik 19 sen kepada RM4.97.

Bagi saham yang didagangka­n se cara aktif, Bumi Armada meningkat setengah sen kepada 19.5 sen, Vortex menokok tujuh sen kepada 27.5 sen dan Lambo turun setengah sen kepada 7.5 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 94.44 mata kepada 11,353.17, FBMT 100 naik 90.18 mata kepada 11,186.89 dan FBM 70 menokok 133.69 mata kepada 13,950.14.

Indeks FBM Emas Syariah melonjak 148.82 mata kepada 11,525.72 dan Indeks FBM Ace menambah 53.34 mata kepada 4,448.49.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan naik 40.59 mata kepada 16,578.79, Indeks Perladanga­n meningkat 19.30 mata kepada 6,932.59 dan Indeks Barangan dan Perkhidmat­an Perindustr­ian menambah 0.60 mata kepada 164.51.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 1.35 bilion saham bernilai RM1.94 bilion daripada 1.81 bilion saham bernilai RM2.30 bilion semalam.

Jumlah dagangan waran berkuranga­n kepada 371.31 juta unit bernilai RM94.57 juta daripada 390.11 juta unit bernilai RM97.75 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE melonjak kepada 829.93 juta saham bernilai RM85.58 juta daripada 618.18 juta saham bernilai RM61.04 juta sebelumnya.

Barangan dan perkhidmat­an pengguna menyumbang 285.20 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmat­an perindustr­ian (117.00 juta), pembinaan (205.00 juta), teknologi (109.09 juta), SPAC (sifar), perkhidmat­an kewangan (52.50 juta), hartanah (92.70 juta), perladanga­n (26.15 juta), REIT (10.12 juta), dana tertutup (7,000), tenaga (316.33 juta), penjagaan kesihatan (66.42 juta), telekomuni­kasi dan media (29.50 juta, pengangkut­an dan logistik (15.03 juta) dan utiliti (25.09 juta). BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia