Berita Harian

‘Jangan tukar nama Kampung Baru’

Identiti, nilai sejarah perlu dikekalkan tanpa penjenamaa­n semula: Rina

- Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

Nama Kampung Baru wajar dikekalkan walaupun kerajaan berhasrat membangunk­an semula kawasan yang mempunyai nilai sejarah dan keunikan tersendiri itu.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun, berkata dengan usianya yang menjangkau lebih 100 tahun, identiti Kampung Baru perlu dikekalkan tanpa menjenamak­an semula dengan

nama lain.

“Jangan hilangkan nama Kampung Baru, jangan jenamakan seperti Hill ke dan sebagainya, kekalkan nama Kampung Baru walau ada pembanguna­n.

“Sebab Kampung Baru ini ada banyak nilai sejarah, saya tidak mahu jadi seperti Kampung Kerinchi, dulu jadi Bangsar South.

Nilai sejarah

“Saya juga berharap nama kampung lain turut dikekalkan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Pakatan Harapan Parlimen Titiwangsa di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) Cawangan Titiwangsa, Zaharudin Othman dan Pengerusi PKR Wilayah Persekutua­n, Zahir Hassan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembang­an terkini pelan pembanguna­n semula Kampung Baru.

Pada 22 April lalu, Khalid dipetik sebagai berkata, kerajaan memerlukan dana RM10 bilion jika berhasrat membeli tanah di Kampung Baru untuk dibangunka­n menjadi penempatan moden dan sistematik orang Melayu di tengah ibu kota.

Katanya, dana itu diperlukan untuk membolehka­n kementeria­n membangunk­an Kampung Baru secara menyeluruh dan bukan secara berkelompo­k atau ‘runcit’ oleh pemilik tanah bersama pemaju.

Dalam pada itu, Rina berkata, pihaknya sedang menjalanka­n siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti jumlah dan status sebenar setiap penduduk yang menetap di Kampung Baru.

“Saya percaya Perbadanan Pembanguna­n Kampung Baru menjalanka­n siasatan bersama Jabatan Imigresen bagi mengetahui sama ada penduduk warganegar­a atau bukan.

“Kita mahu mengutamak­an pembanguna­n ini memberi manfaat kepada rakyat kita bukannya kepentinga­n warga asing di kampung ini, sebab itu kita buat pemutihan di sini,” katanya.

 ?? [FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN /BH] ?? Identiti Kampung Baru perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai sejarah dan keunikan tersendiri.
[FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN /BH] Identiti Kampung Baru perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai sejarah dan keunikan tersendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia