Berita Harian

Sindiket warga asing dalang pengemis Arab

-

Kuala Lumpur: Kehadiran beberapa pengemis dalam kalangan orang Arab di beberapa lokasi strategik termasuk bazar Ramadan sekitar Lembah Klang, dipercayai didalangi sindiket warga asing.

Pengerusi Malaysian Humanitari­an Aid and Relief (MAHAR), Jismi Johari, berkata pihaknya yang menerima maklumat daripada komuniti Syria menerusi Program Penempatan Sementara Migran Syria (PPSMS) mendapati pengemis terbabit hanya muncul menjelang Ramadan.

Beliau berkata, perkara itu berlaku sejak 2017 dengan pengemis bersama keluarga mereka datang dari Syria dan pelbagai negara Arab melalui Sudan.

“Sindiket terbabit akan menguruska­n semuanya termasuk hotel penginapan sebelum menempatka­n mereka di lokasi strategik mengikut tempoh tertentu. Lebih mengejutka­n, pengemis ini adalah mereka yang berharta dan berkemampu­an di negara mereka. Pengerusi MAHAR

“Kami melakukan tinjauan dan mendapati pengemis bukan kalangan migran Syria dalam PPSMS dan jika warga Syria sekali pun, mereka masuk ke Malaysia sebagai pelancong. Selepas mendapat jumlah wang dikehendak­i, mereka akan pulang ke kampung masingmasi­ng.

Peroleh RM20,000

“Soal jawab yang dilakukan juga mendapati mereka ini mampu memperoleh lebih RM20,000 sepanjang Ramadan dengan satu keluarga memainkan peranan di kawasan tertentu seperti di bazar Ramadan dan sekitar Masjid Jamek Sultan Abdul Samad,” katanya.

Jismi berkata, pihaknya kini memantau seramai 2,327 migran Syria dalam program PPSMS yang kini menjalani kehidupan baik dan berkualiti.

Beliau berkata, sindiket terbabit mengambil kesempatan dengan menggunaka­n sentimen Syria dan Palestin dengan harapan rakyat Malaysia sedia memberi sumbangan terutama apabila anak mereka mengemis.

“Saya fikir tidak lojik jika migran Syria mengemis kerana mereka diberi kebenaran bekerja, berniaga dan belajar, malah bantuan asas seperti rumah serta penjagaan kesihatan turut diberi kerajaan sejak melaksanak­an program ini pada 2015,” katanya.

Ditanya kaedah terbaik mengatasin­ya, Jismi berkata, pihak berkuasa perlu memandang serius perkara ini kerana saban tahun jumlah pengemis meningkat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia