Berita Harian

Sunway Putra Mall rai Ramadan, Syawal

Orkid segar serikan ruang utama, tawar pelbagai produk berjenama

- Oleh Saadiah Ismail

Mahu tampil kelainan daripada kebiasaan, Sunway Putra Mall meraikan Ramadan dan Aidilfitri dengan menghiasi kawasan utamanya hiasan kuntuman bunga orkid segar, khusus untuk menarik perhatian pengunjung.

Kempen dikenali Bunga Bunga Raya itu memperliha­tkan kawasan utama dihias indah seperti taman orkid, latar belakang yang cantik selain disertakan tempat untuk mengambil gambar.

Tidak hanya bertumpu kepada hiasan, pengunjung yang ingin mencari koleksi pakaian daripada pereka fesyen juga boleh memperoleh pelbagai jenama hebat seperti Tom Abang Saufi, VARIANTE, Salikin Sidek, PETRA, EMEL dan Natasha Ameer.

Selain itu aksesori dan pelengkap pakaian raya daripada jenama seperti Rumah Kebaya Bangsar, Abas & Sal Batik, batik

buatan tangan dan pelbagai lagi boleh diperoleh di kawasan Kraftangan Bazaar.

Bagi wanita yang tercari-cari mekap sesuai, jenama seperti Syed Dewa, Najeeb dan NR Cosmetics, Inglot, M.A.C Cosmetics, The Face Shop dan Tony Moly juga mudah diperoleh.

Namun, bagi yang ingin mengetahui bagaimana cara mekap, bengkel kecantikan oleh pelbagai jenama akan diadakan pada setiap hujung minggu dan pengunjung boleh mendapatka­n banyak tip berguna. pula adalah lokasi sesuai bagi mereka yang ingin membeli bunga segar berwarna-warni untuk menceriaka­n suasana rumah anda.

Kongsi cerita raya

Selepas sibuk seharian mencari kelengkapa­n raya, pengunjung juga boleh menikmati berbuka puasa di restoran seperti Kaw Kaw Burger, Simply Chicken, Subway, Sarawak Bowl, Kebab King dengan tawaran hidangan Ramadan menyelerak­an.

Menjelang hujung minggu pula, pengunjung boleh mencuba aktiviti seperti kelas susun atur bunga, menyaksika­n pertunjuka­n fesyen, kanak-kanak menyertai bengkel seni batik, rotan dan sebagainya yang dapat memberi pengalaman berbeza.

Menarik kali ini, pengunjung boleh menebus sampul paket raya apabila berbelanja RM250 atau peralatan menghidang atau bunga orkid apabila berbelanja RM400 tertakluk kepada syarat.

Selain itu pengunjung boleh berkongsi cerita raya mereka di instagram @Sunwayputr­amall dengan tanda pagar #Bungabunga­raya. Maklumat lanjut layari atau

 ??  ?? Pelbagai fesyen jenama dijual berpatutan. di Sunway Putra Mall dengan harga
Pelbagai fesyen jenama dijual berpatutan. di Sunway Putra Mall dengan harga
 ??  ??
 ??  ?? Pengunjung boleh bersantai bersama keluarga sambil membeli-belah di Sunway Putra Mall.
Pengunjung boleh bersantai bersama keluarga sambil membeli-belah di Sunway Putra Mall.
 ??  ?? Hiasan kuntuman bunga orkid segar menghiasi kawasan utama.
Hiasan kuntuman bunga orkid segar menghiasi kawasan utama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia