Berita Harian

Karnival TOMEI rai pelanggan setia

Tawar pelbagai koleksi terbaru termasuk himpunan Kilauan Aidilfitri

- Oleh Saadiah Ismail

Memeriahka­n kehadiran Aidilfitri tahun ini, TOMEI Gold & Jewellery mengadakan Karnival Berlian, khusus buat pelanggan setianya dengan menawarkan pelbagai koleksi terbaharu barangan kemas.

Karnival yang bermula dari 11 Mei hingga 9 Jun ini akan memberi kepuasan kerana TOMEI menyediaka­n pelbagai rebat segera dan hadiah percuma dengan pembelian.

Ditambah dengan koleksi raya terbaru, iaitu Kilauan Aidilfitri berunsurka­n kuasa cahaya yang menembusi emas, membuatkan ramai tidak mahu melepaskan peluang setahun sekali ini.

Menerusi karnival itu, wanita khususnya yang inginkan kelainan boleh mendapatka­n koleksi gabungan saduran emas ros dan emas putih, selain pewarna enamel menghiasi aliran raya

TOMEI.

Rantai leher panjang dambaan setiap wanita juga ditawarkan kerana ia memberi gaya anggun apabila dipadankan bersama fesyen hijab atau baju moden.

Selain itu, terdapat koleksi emas moden, anting-anting batu jed dan berlian yang indah selaras dengan tema Kilauan Aidilfitri untuk jenama TOMEI.

Bagi peminat koleksi charms emas 916 TOMEI, boleh mendapatka­n siri Chomel terbaru untuk menghias gelang tangan, sebagai loket atau menggayaka­n charms itu dengan rantai tangan lembut.

Serlah penampilan

Peminat barangan kemas rekaan Itali, iaitu Lusso Italia juga ditawarkan antaranya gelang tangan dengan gabungan dwiwarna emas berbanding koleksi emas klasik yang hanya berwarna kuning.

Sesekali melaram dengan set emas glamor seperti Persian Orla dan Symphony Flora rekaan Prima Gold, iaitu jenama antarabang­sa emas tulen 24 karat juga pasti menambah seri anda di pagi lebaran.

Koleksi Prima Gold ini gandingan emas dan batu delima yang pasti memberi seri kepada si pemakainya.

Rekaan motif bunga

Selain itu, Prima Gold juga mempunyai rekaan motif bunga ataupun ilham yang lahir dari alam semula jadi, diukir dengan teknik garisan pada permukaan emasnya, menjadikan­nya begitu anggun dan eksklusif.

Koleksi Ashoka, iaitu berlian jenama antarabang­sa eksklusif juga disediakan dan menariknya, berlian berkenaan lebih besar kerana hasil gabungan potongan emerald dan cushion.

Jenama ini turut memiliki koleksi cincin, anting-anting, rantai tangan dan rantai leher.

Maklumat lanjut koleksi Kilauan Aidilfitri TOMEI boleh didapati dengan melayari ataupun

 ??  ?? Koleksi kilauan Aidilfitri merangkumi pelbagai rekaan terkini barangan kemas TOMEI. Gambar kecil koleksi cincin Ashoka.
Koleksi kilauan Aidilfitri merangkumi pelbagai rekaan terkini barangan kemas TOMEI. Gambar kecil koleksi cincin Ashoka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia