Berita Harian

400 hidangan meriah sambutan Syawal

The Resort Café bangkit suasana Aidilfitri dengan sajian tradisiona­l, resipi klasik

- Oleh Saadiah Ismail

orang ramai minum petang dan makan malam bufet di The Resort Café pada hari raya pertama dan kedua iaitu 5 dan 6 Jun.

Tanpa perlu bersusah payah, anda dan sanak saudara boleh menikmati kira-kira 400 jenis hidangan tradisiona­l gabungan resipi klasik serta menu pilihan lain yang akan membangkit­kan suasana hari raya.

Menariknya, hidangan istimewa disediakan seperti beberapa jenis gulai kawah iaitu gulai ayam kampung, gulai ikan tenggiri, gulai ayam lengkuas, gulai ikan siakap kepak dan gulai ikan pari.

Hidangan cita rasa Melayu seperti sambal udang petai, perut lembu masak air asam, kupang masak merah berserai dan ayam masak ala gajus turut disediakan.

Kembalikan kenangan

Tidak ketinggala­n, hidangan wajib hari raya seperti lemang, ketupat, rendang tok, serunding yang pastinya mengembali­kan kenangan zaman kanak-kanak.

Sate ayam dan daging yang menjadi pilihan utama juadah hari raya juga dihidangka­n bersama bawang, kuah kacang dan timun.

Pelengkap Syawal

Pencuci mulut dan kuih raya seperti tapai ubi, kuih semperit, dodol, kuih bingka, batang buruk, pecal jawa, rojak buah, pasembor dan kek lapis Sarawak juga disediakan sebagai pelengkap sambutan hari raya anda sekeluarga.

Bufet berharga RM88 untuk minum petang dan RM125 untuk makan malam. Hidangan akan bermula jam 12.30 tengah hari hingga 3.30 petang dan 6.30 petang hingga 10.30 malam.

Sebarang maklumat lanjut dan tempahan boleh hubungi The Resort Café di talian 0374952009 atau 03-74928000 atau emel ke srhs.bookfnb@sunwayhote­ls.com atau layari www.sunwayhote­ls.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia