Berita Harian

Sekat pengikut biadab

-

“Namun, memikirkan kesan pada kemudian hari, saya abaikan sahaja. Pernah terlintas untuk tutup sahaja akaun Instagram, tetapi hasrat itu saya batalkan memandangk­an ia juga menjadi tempat saya mencari rezeki,” katanya.

Selesa dalam dunia sendiri

Akur situasi itu adalah antara asam garam yang perlu dilalui anak seni, Faezah bagaimanap­un, masih belum dapat menerima sikap warganet yang gemar menjadi pembuli siber.

“Ketika mula menjadi artis, kami hanya perlu berdepan dengan komen wartawan. Namun, teguran mereka tidak membuatkan kami sakit hati kerana bahasa yang digunakan cukup berlapik.

“Zaman media sosial ini lain. Saya memang tak sanggup berdepan dengan komen kasar mereka. Biarlah saya hidup dalam dunia sendiri di samping keluarga. Bila saya lihat komen yang melampau, saya akan sekat mereka. Itu jalan terbaik,” kata pelakon berusia 36 tahun itu.

Garang didik anak

Ditemui pada majlis pelancaran Festival Gegar Gempak Raya 2019, baru-baru ini. Faezah yang ditemani suaminya yang juga pengarah, Heykal Hanifah berkata, membesarka­n anak pada zaman moden sangat mencabar.

Memegang prinsip melentur buluh biar dari rebung, Faezah berkata, dia terpaksa bertegas dalam mendidik dua buah hatinya.

“Memang saya garang dalam mendidik anak. Kalau perlu dipukul, saya akan pukul, tetapi tidak sehingga mencederak­an.

“Saya bukan jenis emak yang suka membebel, tetapi memadai jika hanya memberikan mereka isyarat.

Kalau ada perbuatan mereka yang kurang saya senangi, saya akan beri isyarat mata. Mereka akan faham dan tidak buat perangai,” kata Faezah yang pernah menjulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-24.

Syarat ke lokasi penggambar­an

Bagi mereka yang mengikuti perkembang­an kerjaya Faezah, tentu sedia maklum dia hanya akan berlakon di bawah arahan suaminya.

Prinsip itu kata Faezah, diambil untuk memastikan kebajikan keluargany­a tidak diabaikan.

“Bukan tidak mahu berlakon dengan pengarah lain, tetapi tidak semua produksi mempunyai jadual kerja yang fleksibel.

“Pernah ada pengarah menawarkan saya berlakon, tetapi penggambar­an dilakukan di luar daerah dan memakan masa lama.

“Dalam keadaan sekarang, memang sukar untuk saya tunaikan kerana anak masih bersekolah. Kalau dengan suami, saya boleh berbincang.

“Memang ada kala, kami bertekak, tetapi dalam banyak hal, kami boleh berkompron­i,” katanya tertawa.

Ditanya tidakkah dia berminat untuk terbabit menceburi dunia penerbitan kerana sudah mempunyai pengalaman, Faezah berkata, dia selesa menyerahka­n perkara itu kepada Heykal.

“Setakat menemani dan membantuny­a di lokasi penggambar­an, saya tiada masalah. Tetapi, jika mahu saya menguruska­n produksi atau menjadi penerbit, saya bukan orang yang sesuai.

“Saya tidak mahu nanti kami asyik bertekak sebelum membuat sesuatu keputusan. Biar Heykal yang uruskan hal ehwal penerbitan dan saya hanya menyokong dari belakang,” kata pelakon drama,

itu.

 ?? [FOTONURADI­BAHAHMADIZ­AM/BH] ?? Faezah sanggup berkorban minat demi keluarga.
[FOTONURADI­BAHAHMADIZ­AM/BH] Faezah sanggup berkorban minat demi keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia