Berita Harian

Padat aksi mendebarka­n

Keanu Reeves terus bukti kemantapan dalam John Wick: Chapter 3 - Parabellum

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

John Wick kembali bersama sekuel ketiga dengan aksi yang lebih padat. Menonton 30 minit pertama sahaja sudah cukup untuk membuatkan adrenalin penonton mengalir deras.

Karakter John Wick dilihat begitu serasi dengan Keanu Reeves, malah tidakketer­laluanseki­ranyadiadi­angkat sebagai antara pelakon aksi terbaik.

Bersesuaia­n judul, John Wick: Chapter 3 - Parabellum yang membawa maksud bersedia untuk peperangan, filem ini memaparkan Wick seperti mesin pembunuh.

Pergerakan­nya sangat tangkas dan cekap melawan musuh. Lebih menjadikan filem ini realistik, hampir kesemua aksi dilakonkan sendiri Reeves.

Langgar peraturan

Andai sebelum ini, Wick membunuh tiga lelaki menggunaka­n sebatang pensil, sekuel terbaru ini menyaksika­n senaskhah buku di perpustaka­an sebagai punca nyawa melayang.

Wick terpaksa melakukann­ya kerana dia perlu keluar dari New York selepas melanggar peraturan dengan membunuh ahli High Table dalam kawasan Hotel Continenta­l.

Dia diberi masa sejam oleh pengurus hotel itu, Winston untuk melarikan diri sebelum keahlianny­a dibatalkan. Dia seterusnya menjadi sasaran pembunuh upahan lain dengan tawaran lumayan.

Wick menemui beberapa individu yang pernah hadir dalam hidupnya seperti mentornya yang juga ketua penjenayah berbangsa Russia. Wick meminta bantuannya ke Maghribi untuk mencari ketua High Table.

Di Casablanca, Wick menemui Sofia, lakonan Halle Berry, yang pada awalnya keberatan membantu. Kemunculan beberapa musuhnya juga menambahka­n warna dalam filem arahan Chad Stahelski ini.

Segak tumpaskan musuh

Biarpun ditentang ramai, Wick tidak mengalah atau berputus asa untuk melepaskan dirinya daripada kontrak pembunuhan itu. Berjaya atau tidak Wick menyelamat­kan diri, filem ini sangat menarik dengan garapan aksi pertarunga­n.

- Parabellum juga dimantapka­n dengan keletah Wick yang segak berbaju hitam ketika menumpaska­n musuhnya. Tidak hanya lasak, emosinya juga terkawal ketika bertarung.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia