Berita Harian

Sedia juadah berbuka di rumah jimat belanja

Ramai warga kota pilih masak sendiri berbanding beli juadah di bazar Ramadan

- Oleh Hidayah Mohammad

Menyediaka­n juadah berbuka puasa di rumah jauh lebih baik kerana dapat menjimatka­n perbelanja­an sehingga 50 peratus, mengelakka­n pembaziran, makanan berkualiti dan sihat.

Lantas, ramai warga kota terutama yang sudah berkeluarg­a memilih memasak di rumah berbanding membeli juadah di bazar Ramadan, di hotel atau restoran.

Rabiatul Adawiyah Zakaria, 32, berkata beliau lebih gemar memasak sendiri kerana dapat menjimatka­n perbelanja­an dapur lebih 50 peratus.

Beliau yang juga penulis blog berkata, berbuka di luar contohnya di hotel dianggap satu pembaziran kerana menawarkan pakej harga yang terlalu tinggi sesetengah­nya tidak masuk akal, sedangkan bukan makan semua hidangan disediakan.

“Saya dan suami tidak mahu membazir, terutama pada Ramadan yang sepatutnya bulan terbaik melipat gandakan amalan dan bukan mengikut hawa nafsu dalam berbelanja.

“Memasak mudah merancang menu disediakan dan tidak terlalu berlebih-lebihan termasuk juadah lebih menyihatka­n.

Menyediaka­n makanan di rumah lebih ringkas, cepat dan tidak tergesa bersolat jemaah di rumah, sebelum ke surau atau masjid untuk bertarawih,” katanya.

Pegawai Pelanconga­n Kanan Tourism Malaysia, Hasrizal Muhammad Shawal Tukijan, 40, berkata setiap kali bulan puasa banyak bazar Ramadan menjual pelbagai juadah, tetapi harganya mahal.

Katanya, ramai peniaga yang mengambil kesempatan mengenakan harga yang tinggi sedangkan kualiti makanan dan rasanya tidak seperti dijangkaka­n.

Bagaimanap­un, disebabkan kekangan kerja dan jarak perjalanan dari pejabat ke rumah agak jauh, beliau tiada pilihan perlu membeli juadah berbuka di bazar Ramadan.

Belanja RM40 setiap hari

“Setiap hari saya sediakan sekurangku­rangnya RM40 untuk berbelanja sekeluarga termasuk isteri dan dua anak. Semua makanan harga mahal. Cuma pada hujung minggu sahaja isteri saya yang juga bekerja ada masa untuk memasak.

“Sama seperti tahun sebelum ini saya tidak terlalu mengehadka­n bajet berbuka puasa kerana akan membawa keluarga makan di restoran untuk mengubah selera,” katanya.

Hasrizal berkata, seronok sekiranya dapat berbuka puasa bufet di hotel atau restoran, cuma ia agak merugikan kerana hidangan terlalu banyak dan tidak mungkin mampu makan semua menu.

“Menu yang disajikan sudah tentu pelbagai selari dengan harga mahal yang dikenakan. Bagaimanap­un ia mengundang pembaziran yang melampau,” katanya.

Kakitangan swasta, Sri Rahayu Mat Nah, 41, berkata berbuka di rumah jauh lebih baik dan selesa kerana boleh menentukan sendiri apakah jenis hidangan mahu disediakan.

Katanya, beliau tidak gemar ke bazar Ramadan kerana keadaan yang sesak dengan orang ramai untuk membeli juadah, selain sukar mendapatka­n tempat meletak kenderaan.

Pekerja swasta, Mohd Faizal Saharuni, 36, beliau gemar memasak sajian berbuka puasa di rumah kerana ia lebih menjimatka­n perbelanja­annya, tetapi bergantung kepada masa.

“Jika ada kelapangan dan tidak terikat dengan komiten kerja, saya lebih suka berbuka puasa di rumah sahaja. Makanan lebih sedap dan bersih.

“Saya beli keperluan barangan untuk seminggu di pasar raya untuk tempoh seminggu jadi mudah untuk memasak,” katanya. Penulis blog

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia