Berita Harian

PEKA mahu latih lebih ramai wanita ceburi perniagaan

-

Kuala Lumpur: Pertubuhan Ekonomi dan Kebajikan Wanita (PEKA) bercadang melatih lebih ramai wanita berpendapa­tan rendah dan ibu tunggal menceburi bidang perniagaan bagi meningkatk­an taraf hidup mereka.

Pengerusin­ya, Norita Che Ali, berkata penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) itu juga bertujuan membimbing golongan berkenaan memanfaatk­an perniagaan cara mudah menerusi platform media sosial.

Katanya, meskipun PEKA ditubuhkan pada November lalu, namun matlamatny­a untuk menarik lebih ramai wanita tanpa mengira latar belakang menyertai persatuan itu.

“Kita memberi tumpuan dalam bidang pembanguna­n ekonomi dan kebajikan tanpa mengehadka­n disertai kelompok tertentu sahaja.

“Ketika ini, kita banyak menggunaka­n dana sendiri kerana baharu sahaja ditubuhkan dan berharap ledakan dunia siber ini akan menarik lebih wanita untuk menyertain­ya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Meraikan Yang Dikasihi dan meraikan kirakira 500 golongan kurang bernasib baik, wanita, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU).

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Perumahan Dan Kehidupan Bandar, Haniza Mohamed Talha.

Beliau berkata, ketika ini, kirakira 100 ahli sudah mendaftar di bawah persatuan itu dengan yuran pendaftara­n RM70.

Katanya, pihaknya sudah mengagihka­n kelengkapa­n persekolah­an kepada anak dan golongan asnaf di sekitar Ampang selain program menyantuni golongan anak yatim yang lain,” katanya.

Sementara itu, Penyelia Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Titiwangsa, Asma Adibah Nor Azmi, berkata pelatih di bawah seliaannya sangat gembira apabila berpeluang menghadiri program menyantuni mereka di luar.

“Kebanyakan pelatih kami berusia 18 tahun ke atas, begitu teruja apabila ada program luar kerana mereka gemar berjumpa dengan orang ramai yang tidak dikenali.

Kehidupan tanpa prejudis

“Secara peribadiny­a saya merasakan program sebegini menjadi satu platform yang baik kepada masyarakat untuk menyantuni golongan istimewa, bergaul mesra dan menerima kelompok ini dalam kehidupan tanpa prejudis,” katanya.

Siti Aishah Abdullah, 44, berkata beliau lebih tenang apabila dapat memahami secara mendalam mengenai Islam sebaik menghuni Rumah Kebajikan Nur Hati, Ampang kira-kira 15 tahun lalu sekali gus membolehka­nnya mengumpul saham akhirat dengan menjadi sukarelawa­n.

“Pertubuhan terbabit memberikan perlindung­an kepada kanakkanak, ibu tunggal dan remaja hamil luar nikah dengan penghuniny­a sekitar 53 hingga 55 orang, itu yang membuatkan saya terdetik ingin tahu bagaimana mereka melakukan kerja kebajikan dengan penuh keikhlasan,” katanya.

 ?? [FOTO HAFIZ SOHAIMI /BH] ?? Norita pada Program Meraikan Yang Dikasihi baru-baru ini, di Kuala Lumpur.
[FOTO HAFIZ SOHAIMI /BH] Norita pada Program Meraikan Yang Dikasihi baru-baru ini, di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia