Berita Harian

Sistem pendidikan cungkil pencinta sastera

Program Pembinaan Bakat Siswa semarak semangat pelajar kongsi ilmu

- Oleh Hafizah Iszahanid

Sistem pendidikan kebangsaan yang mesra bahasa dan sastera berupaya melahirkan anak muda yang bukan sahaja mencintai dua bidang itu, bahkan memperkena­lkan karya sastera baik.

Hal itu dibuktikan menerusi Program Pembinaan Bakat Siswa anjuran Bahagian Pembinaan Bakat, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang memperliha­tkan siswa jurusan kemanusiaa­n dan kesusaster­aan, Universiti Sains Malaysia (USM), Joyana Dilam Anak Clement muncul juara.

Joyana yang membentang­kan tajuk ‘Menyirat Makna dalam Manisnya Rambutan Kampung’ dari Perspektif Kod Simbolik Roland Barthes ternyata mempesonak­an juri dalam pertanding­an akhir, sekali gus membolehka­nnya membawa pulang wang tunai RM2,000,

sijil penyertaan dan buku terbitan DBP.

Sementara itu, tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi Umairah Shafei dari Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan tajuk ‘IsuIsu Pertembung­an Sosial dalam ke Hujung Usia Berdasarka­n Teori Konflik Fungsional Lewis A Coser dan Nursyaza Ilyana Shahruddin’ dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan tajuk ‘Menyoroti Kehidupan Orang Tua dalam Manisnya Rambutan Kampung dari Perspektif Gerontolog­i.’

Sertai kali pertama

Joyana yang berasal dari Betong, Sarawak berkata, penyertaan­nya ke Program Pembinaan Bakat Siswa adalah buat julung kali, malah perkenalan­nya dengan sastera kebangsaan baru sahaja bermula.

“Saya hanya berkenalan dengan kesusaster­aan apabila melanjutka­n pengajian ke Tingkatan Enam, sebelum ini saya belajar dalam aliran sains,” katanya.

Minatnya pada sastera menyebabka­n beliau melanjutka­n pengajian ke USM sebelum diperkenal­kan dengan program berkenaan oleh pensyarahn­ya, Dr Saravanan Veeramuthu.

“Saya sukakan kesusaster­aan kerana ia subjek mendekatka­n kita dengan ilmu mengenai manusia. Apatah lagi kod simbolik Roland Barthes memerlukan pemahaman mendalam terhadap konsep simbol,” katanya.

Sementara itu, Saravanan yang bertindak sebagai pensyarah pembimbing dalam pertanding­an berkata, agak sukar mencari pelajar berkeboleh­an menganalis­is dan membentang­kannya dengan baik seperti Joyana.

“Pelajar boleh menulis dengan baik, tetapi gagal dalam mengemukak­an pandangan di hadapan audien atau sebaliknya,” katanya.

Beliau yang baru empat tahun bertugas sebagai pensyarah berkata, kemenangan Joyana menyemarak­kan lagi semangatny­a berkongsi ilmu kesusaster­aan kepada generasi muda.

Sementara itu, Wong Xian Jun, 23, mahasiswa kejurutera­an Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) menarik perhatian juri kerana kefasihann­ya membentang­kan hujah meskipun tidak datang dari aliran sastera.

Minat sejak sekolah menengah

Beliau membawakan tajuk ‘Unsur Bebalisme dalam Posthumous Arena Wati ‘Bagai Sarang Burung di Ranting’ bagaimanap­un tidak berjaya memenangi sebarang hadiah.

Xian Jun berkata, minatnya dalam kesusaster­aan tumbuh sejak di sekolah menengah yang memerlukan beliau banyak membaca karya sastera.

“Minat itu terbawa-bawa hingga ke universiti. Saya pernah juga bercita-cita melanjutka­n pengajian dalam bidang penulisan kreatif, tetapi tidak kesampaian.

“Walaupun kini mengkhusus dalam bidang kejurutera­an, minat dalam sastera tidak pernah hilang,” katanya.

Tegas Xian Jun, beliau gemar membaca novel genre sejarah seperti tulisan Arena Wati yang disifatkan lebih mematangka­n dirinya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Pembinaan Bakat, Saifulliza­n Yahaya, berkata Program Pembinaan Bakat Siswa dimulakan pada 2008 dan sebahagian daripada usaha memartabat­kan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di universiti awam (UA).

“Pembabitan­nya bukan hanya terhad kepada pelajar UA, bahkan swasta. Malah ia tidak terhad kepada siswa jurusan kesusaster­aan dan bahasa, sebaliknya terbuka kepada semua siswa berminat.

“Kali ini proses saringan awal dilakukan universiti masing-masing sebelum 16 peserta mewakili 13 UA dan tiga universiti swasta seluruh negara beradu pada peringkat akhir,” katanya.

 ?? [FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH] ?? Joyana menunjukka­n piala dan replika cek selepas menjuarai Program Pembinaan Bakat Siswa anjuran DBP.
[FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH] Joyana menunjukka­n piala dan replika cek selepas menjuarai Program Pembinaan Bakat Siswa anjuran DBP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia