Berita Harian

Usah sahur hingga azan berkumanda­ng

-

masa ibadat umat Islam menjadi mudah dengan melihat jam sahaja. Ini perkembang­an baik kerana bukan semua orang mampu mempelajar­i ilmu falak, apatah lagi mencerap fenomena falak.

Walaupun disunatkan untuk melewatkan sahur, ia tidak pula bermaksud kita diminta untuk makan dan minum hingga azan berkumanda­ng. Anas ibnu Malik RA menyatakan Zaid ibnu Thabit RA bercerita kepadanya: “Mereka pernah sahur bersama Nabi Muhammad SAW, kemudian berdiri untuk melaksanak­an solat.” Aku bertanya: “Berapa jarak antara sahur dengan solat Subuh?” Beliau menjawab: “Antara 50 hingga 60 ayat.” (HR Bukhari)

10 minit lebih awal

Hadis ini membawa maksud umat Islam perlu mengambil sikap berhati-hati dan berhenti daripada makan dan minum lebih awal daripada waktu Subuh sebenar.

Sekiranya diteliti dalam jadual waktu solat dan berbuka puasa yang dikeluarka­n majlis agama Islam negeri sempena Ramadan, terdapat satu kategori waktu, iaitu waktu imsak. Waktu ini tidak dimasukkan dalam bulan selain Ramadan.

Waktu imsak ditentukan 10 minit lebih awal berbanding Subuh. Terdapat segelintir umat Islam keliru mengenai keperluan waktu imsak. Mengapa perlu waktu imsak, sedangkan Subuh itu sendiri sudah memadai bagi kita mula berpuasa?

Tiada siapa menolak waktu Subuh sebenarnya adalah waktu imsak atau mula berpuasa. Namun, waktu Subuh sebenar tidak dapat ditulis secara terperinci dalam jadual waktu rasmi. Apatah lagi kemajuan sains dan teknologi, waktu solat tempatan boleh diketahui dengan amat tepat berdasarka­n hisab hingga ke saat masuk dan bukan sekadar jam atau minit.

Namun, demi maslahat umum, pihak berkuasa agama hanya mengeluark­an senarai jadual waktu solat mengikut daerah zon ditetapkan di negeri masing-masing. Penetapan waktu zon adalah mengambil kira titik rujukan kawasan paling barat dalam zon berkenaan supaya memastikan semua umat Islam dalam zon itu, baik di timur atau barat, solat dalam waktunya, bukan sebelum waktunya.

Sebagai contoh di Zon 2 Pahang. Antara daerah tersenarai ialah Kuantan, Pekan, Muadzam dan Rompin. Titik rujukan solat zon ialah di kawasan paling barat, iaitu FELDA Chempaka, Rompin.

Apabila masuk waktu Zon 2, hakikatnya zon yang terletak di timur seperti di kawasan persisiran pantai Rompin dan Kuantan, sudah lama masuk waktu, iaitu seawal 4 minit lalu.

Julat perbezaan ini tidak dapat dielakkan kerana tertakluk kepada sudut kecondonga­n matahari yang berbeza setiap bulan. Pihak berkuasa juga tidak dapat mengeluark­an jadual begitu teliti membabitka­n setiap daerah atau kampung.

Maslahat umum

Atas konsep ihtiyati dan maslahat umum, waktu imsak diperkenal­kan untuk memastikan umat Islam dalam zon waktu solat di seluruh negara, akan berpuasa pada waktunya. Sekiranya mereka memilih untuk terus makan sahur hingga ke waktu solat Subuh dan mengabaika­n waktu imsak, ini memungkink­an puasanya tidak sah.

Selain itu, kepentinga­n waktu imsak juga dapat dirasai di kawasan sempadan dua negeri berbeza. Sebagai contoh, pada 1 Ramadan tahun ini, waktu berbuka puasa di Tanjung Gemok, Pahang yang terletak di Zon 2 waktu solat (Kuantan, Pekan, Muadzam dan Rompin), jatuh pada 7.13 petang. Sementara itu di wilayah seberangny­a, Mersing Johor yang hanya dipisahkan dengan sebatang sungai, waktu Maghrib masuk pada 7.08 petang.

Perbezaann­ya 5 minit, sedangkan kawasannya dekat sahaja. Ini berlaku kerana Tanjung Gemok tertakluk kepada waktu solat Zon 2. Difahamkan, kajian sedang dijalankan untuk mengurangk­an julat perbezaan ini.

Begitu juga perbezaan waktu Subuh antara kedua-dua daerah bersempada­nan itu, selama 2 minit. Ini boleh menimbulka­n kekeliruan kepada umat Islam yang ingin berhenti sahur dan juga ingin berbuka puasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia