Berita Harian

Ramadan miliki pelbagai nama hebat, agung

- Oleh Nur Qayyimah Azmi

Keistimewa­an Ramadan yang dijanjikan Allah SWT dengan ganjaran besar, terserlah melalui hakikat ia memiliki banyak nama yang melambangk­an keagungann­ya.

Dalam satu khutbah Rasulullah SAW, Baginda mengungkap­kan keistimewa­an Ramadan sebagai ‘syahrun azim’ yang bermaksud bulan yang agung.

‘Azim’ digunakan untuk menunjukka­n kekaguman terhadap kebesaran dan kemuliaan sesuatu. Justeru, bulan yang diagungkan Rasulullah SAW tentu memiliki nilai jauh lebih besar dan sangat mulia berbanding apa diagungkan manusia biasa.

Ramadan diagungkan Allah SWT kerana pada bulan ini, puasa diwajibkan sebagai antara rukun Islam. Allah Yang Maha Pemurah

Penyayang menetap dan mensucikan bulan ini, seterusnya memberikan segala kemurahan, kasih sayang dan kemudahan kepada hamba-nya yang ingin mendekatka­n diri.

Ramadan juga dikenali syahrun mubarak bermakna bulan keberkatan. Setiap detik dalam bulan suci ini bagaikan rantaian berlian sangat berharga kepada orang beriman kerana semua perbuatan ketika berpuasa menjadi ibadat yang balasannya langsung daripada Allah SWT hingga amal baik sekecil manapun akan dilipatgan­da.

Selain itu, Ramadan juga terkenal dengan panggilan syahru nuzul al-quran, iaitu bulan yang al-quran diturunkan. Allah SWT menjadikan Ramadan sebagai sasaran terbesar kepada orang beriman, iaitu menjadikan al-quran sebagai pedoman hidup.

Membentuk insan bertakwa

Tujuan utama amalan pada Ramadan adalah membentuk insan bertakwa yang menjadikan kitabullah sebagai manhajul hayat (pedoman hidup) hingga tidak hairanlah dapat kita katakan Ramadan tidak dapat dipisahkan dengan al-quran.

Begitu juga dengan nama syahru al-siyam yang menunjukka­n ibadat yang dilaksanak­an pada bulan ini, iaitu soum (puasa). Kewajipan berpuasa penting yang sebelum itu didahuluka­n dengan kefarduan solat lima waktu.

Maka ketika sebulan penuh seseorang Muslim menumpukan diri beribadah, Muslim itu juga mendirikan solat Subuh atau Maghrib. Puasa Ramadan dilakukan setiap hari bermula terbit fajar, iaitu waktu Subuh hingga terbenam matahari (Maghrib).

Hakikat siyam atau soum bukan semata-mata bermaksud menahan diri daripada makan, minum dan menggauli isteri, sebaliknya mengelak daripada segala macam maksiat.

Nama syahru al-qiyam pula menunjukka­n umat Islam perlu melakukan amalan orang soleh seperti solat dan membaca Al-quran. Setiap Mukmin sangat dianjurkan melakukan solat tarawih dan witir sebagai latihan agar mampu mengamalka­n qiamullail atau mengisi malam dengan ibadat di luar Ramadan.

Ramadan juga terkenal syahru al-sabr yang melatih jiwa Muslim untuk sentiasa sabar, tidak mengeluh dan tahan uji dalam keadaan lapar atau dahaga.

Sabar ialah kekuatan jiwa daripada segala bentuk kelemahan mental dan spiritual. Orang yang sabar akan bersama Allah SWT sedangkan balasan orang sabar ialah syurga.

Gelaran syahru al-musawwah (bulan santunan) pula dapat diterjemah apabila orang beriman sedar puasa mendidik mereka untuk memiliki rasa simpati terhadap golongan fakir miskin kerana merasakan lapar dan dahaga seperti biasa dirasai golongan itu.

Gelaran hebat terakhir ialah syahru yuzdaadu fiihi rizqul Mukmin (bulan rezeki untuk orang Mukmin). Bulan ini rezeki orang beriman bertambah kerana segala kemudahan dibuka Allah SWT seluas-luasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia