Berita Harian

Manfaatkan peranan Doktor Umum dalam penjagaan kesihatan primer

-

Kekeliruan yang tidak dibetulkan akan menimbulka­n persepsi salah dan jika dibiar berterusan, fakta salah akan diterima sebagai betul.

Terjemahan perkataan General Practition­er (GP) atau Doktor Umum, sudah lama mendapat persepsi salah.

‘General’ disalah faham sebagai biasa, umum atau tidak istimewa, sedangkan maksud yang lebih tepat adalah menyeluruh.

Dalam memberi perkhidmat­an, GP memeriksa pesakit secara holistik. Pesakit dianalisa dari sudut fizikal, biologi, psikologi, sosial, budaya dan spiritual bersesuaia­n dengan prinsip kesihatan keluarga.

Jadi semestinya pemberi perkhidmat­an itu mempunyai kemahiran, kompetensi, ilmu dan teknologi yang bersesuaia­n, bukan biasa-biasa sahaja.

Doktor GP adalah antara personel kesihatan paling depan atau yang pertama ditemui masyarakat umum apabila mempunyai masalah kesihatan.

Merekalah staf barisan hadapan kepada penjagaan kesihatan primer yang mengutamak­an pencegahan dan promosi kesihatan. Berbeza sekunder dan tertiari, ia lebih kepada rawatan dan pengubatan.

Sekali lagi perkataan primer disalahert­ikan. Ia diterjemah­kan sebagai layanan dasar, tidak hebat serta tidak canggih, sedangkan maksud primer dalam ‘penjagaan kesihatan adalah sesuatu yang utama dan paling

diperlukan masyarakat.

Mengutamak­an pencegahan akan dapat mengelak masyarakat daripada terkena penyakit kronik dan serius yang sudah tentu memerlukan kos rawatan tinggi serta berterusan, sekali gus membebanka­n ekonomi keluarga dan negara.

Ambil kesempatan

Pengkomers­ialan kesihatan semakin mendapat perhatian dan banyak pihak cuba mengambil kesempatan atas keadaan itu.

Hasilnya layanan kesihatan primer diabaikan dan tumpuan lebih diberikan kepada layanan kesihatan sekunder dan tertiari, walaupun sebenarnya jika mengikut acuan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), sistem kesihatan sesebuah negara mestilah dibangun berteraska­n penjagaan kesihatan primer yang mantap.

Masyarakat sepatutnya mengakses penjagaan kesihatan primer terlebih dahulu dan apabila memerlukan rawatan lebih lanjut, barulah diberi rujukan ke hospital atau pusat rawatan tertiari.

Kementeria­n Kesihatan di samping memberi fokus kepada pembanguna­n penjagaan kesihatan sekunder dan tertiari, diharapkan tidak mengabaika­n penjagaan kesihatan primer yang seharusnya menjadi tulang belakang perkhidmat­an kesihatan negara secara keseluruha­n.

Dr Zalilah Abd Manan, GP United, Pahang

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Doktor GP menganalis­a dari sudut fizikal, biologi, psikologi, sosial, budaya dan spiritual bersesuaia­n dengan prinsip kesihatan keluarga pesakit.
[FOTO HIASAN] Doktor GP menganalis­a dari sudut fizikal, biologi, psikologi, sosial, budaya dan spiritual bersesuaia­n dengan prinsip kesihatan keluarga pesakit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia