Berita Harian

Didik diri peka alam sekitar

-

artikel

yang disiarkan pada 14 Oktober tahun lalu, berhubung larangan penggunaan penyedut minuman plastik oleh Kementeria­n Wilayah.

Penguatkua­saan larangan itu akan bermula 1 Januari 2020 dan ia harus disambut baik semua rakyat.

Bayangkan keadaan hidupan laut yang semakin terancam akibat perbuatan manusia yang sewenang-wenangnya melakukan pencemaran.

Justeru, inisiatif ini dilihat sangat bagus bagi membantu rakyat Malaysia untuk lebih peka mengenai kelestaria­n alam sekitar.

Gaya hidup memperliha­tkan rakyat Malaysia hari ini seperti sangat bergantung kepada plastik, contohnya seperti penggunaan beg plastik ketika membeli-belah dan penggunaan penyedut minuman plastik ketika makan di premis kedai makan.

Isu sangat membimbang­kan

Ia sangat membimbang­kan walaupun pelbagai kempen berkaitan kesedaran alam sekitar dijalankan banyak pihak.

Sehubungan itu, rakyat Malaysia perlu membuka mata dan menjadikan penguatkua­saan ini sebagai satu peluang untuk mendidik dan melatih diri supaya lebih sensitif dan peka mengenai kepentinga­n menjaga alam sekitar, terutamany­a pencemaran laut dan sampah.

Kesedaran itu perlu dipupuk dan dididik dalam diri anak-anak kecil supaya mereka lebih sayang dan mengambil berat tentang kebersihan alam sekitar. Bayangkan hidupan liar dan laut yang semakin pupus dek tangan manusia yang rakus melakukan pencemaran.

Diharap penguatkua­saan yang bakal dikenakan ini, mampu mengubah gaya hidup masyarakat Malaysia menjadi lebih prihatin mengenai penjagaan alam sekitar, secara tidak langsung menyokong kempen sayangi alam sekitar yang diadakan.

Siti Nur Zulaiqha Azhar, Shah Alam

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia