Berita Harian

PBB bidas kedegilan Myanmar

Ramai pelarian Rohingya di ambang maut, gesa Yangon beri akses segera

-

PYangon

babkan kekurangan bantuan sehingga situasi ini mungkin melihat ramai yang bakal maut.

Ursula Mueller pembantu setiausaha agung untuk hal ehwal hak asasi manusia pertubuhan berkenaan, berkata pihak berkuasa menolak permohonan­nya untuk bertemu dengan pelarian konflik di wilayah yang dilarang kepada kebanyakan kumpulan bantuan, sejak pertempura­n bermula.

“Kami memerlukan akses bagi tempoh lama untuk sampai kepada

(gambar),

mereka yang memerlukan. Jika bantuan, termasuk klinik bergerak tidak boleh diberikan, mereka akan menderita tanpa perkhidmat­an ini.

Jadi tumpuan

“Keperluan mereka tidak dipenuhi sehingga ada yang maut,” kata Mueller selepas menamatkan lawatan enam hari ke negara Asia Tenggara itu.

Rakhine menjadi tumpuan dunia, sejak 2017, selepas kira-kira 730,000 Muslim Rohingya melarikan diri ke negara jiran Bangladesh daripada operasi tentera sebagai tindak balas terhadap serangan militan.

Ketika kunjungann­ya, Mueller bertemu beberapa pegawai di ibu negara Naypyidaw termasuk kaunselor negara, Aung San Suu Kyi yang memaklumka­n beliau berusaha membangunk­an dan mencapai penyatuan sosial di Rakhine.

“Saya merujuk kepada keperluan kemanusiaa­n sedia ada yang perlu dipenuhi segera,” katanya.

Mueller juga melawat beberapa kem di pinggir ibu negeri Sittwe di mana ribuan etnik Rohingya terperangk­ap, sejak gelombang keganasan terdahulu pada 2012.

Pelarian tidak mempunyai status kerakyatan dan berdepan halangan pergerakan serta akses kepada perkhidmat­an asas.

Sementara itu, kumpulan penyiasat PBB beranggapa­n, komander tentera Myanmar seharusnya dibekukan aset kewangan serta dihadapkan ke mahkamah untuk berdepan tuduhan jenayah perang dan pembunuhan beramairam­ai atas minoriti Rohingya.

Misi pencarian fakta PBB berkaitan situasi di Myanmar menggesa masyarakat antarabang­sa memutuskan semua sumber kewangan dan sokongan lain kepada tentera negara itu.

Marzuki Darusman, yang mengetuai misi pencarian fakta dan merumuskan kunjungan 10 hari ke negara sekitar berkata, langkah drastik diperlukan kerana Myanmar hanya melakukan sedikit bagi menyelesai­kan situasi pelanggara­n hak asasi sewenang-wenangnya di negara itu setakat ini.

“Tiada perkembang­an ke arah penyelesai­an krisis. Situasi itu tidak berubah,” kata Marzuki dalam satu kenyataan, kelmarin.

Seorang lagi anggota pasukan, Christophe­r Sidoti minta Myanmar dikenakan tekanan antarabang­sa, termasuk sekatan ekonomi dan kewangan tentera.

Misi pencarian fakta itu dijangka membentang­kan laporan akhirnya kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) di Geneva, September ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia