Berita Harian

Prabowo tak terima hakikat

-

Calon presiden, Prabowo Subianto dan rakan gandingann­ya, Sandiaga Uno enggan menerima keputusan kiraan undi Suruhanjay­a Pilihan Raya Umum (KPU) pada hari yang menyaksika­n sekurang-kurangnya 10 individu, yang disyaki merancang melakukan serangan pada 22 Mei ini, ditahan skuad antipengga­nas Indonesia, semalam.

Kedua-dua calon pembangkan­g itu mendakwa badan berkenaan melakukan penipuan dan menuntut keadilan.

“Kami masih berharap untuk KPU, namun pendirian saya jelas. Saya akan menolak keputusan menipu. Kami tidak boleh menerima ketidakadi­lan dan ketidakjuj­uran dalam pelaksanaa­n pilihan raya ini,” kata Prabowo dalam pembentang­an

bertajuk ‘Mendedahka­n Fakta Penipuan Pilihan Raya 2019’ di Hotel Grand Sahid Jaya di sini, semalam.

Prabowo mendakwa partinya kurang mempercaya­i fungsi KPU dan mengingatk­an anggota suruhanjay­a itu, masa depan Indonesia berada di bahu mereka.

Suspek anggota JAD

“Anda (KPU) perlu membuat keputusan. Anda perlu memilih menegakkan kebenaran dan keadilan atau meneruskan pembohonga­n dan ketidakadi­lan. Jika ketidakadi­lan, justeru anda membenarka­n penjajahan kembali kepada rakyat Indonesia,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis kebangsaan, Dedi Prasetyo, berkata hampir 32,000 anggota polis dan tentera sudah diletakkan dalam keadaan berwaspada di Jakarta, termasuk pasukan yang dibawa dari wilayah lain, bagi mengawal keadaan ketika majlis pengumuman berkenaan.

“Hasil siasatan yang dijalankan kami berjaya mengesan suspek yang merancang untuk melancarka­n serangan besarbesar­an pada 21, 22 dan 23 Mei ini.

“Mereka mahu mencetuska­n kekacauan dan menyasar seramai mangsa yang mungkin, termasuk polis,” kata Prasetyo ketika merujuk kepada demonstras­i yang bakal diadakan minggu depan.

Katanya, suspek berkenaan adalah anggota Jemaah Ansharut Daulah (JAD), iaitu kumpulan yang dikaitkan dengan militan Daesh dan pihak berkuasa sedang memburu lebih ramai anggotanya.

 ?? [ FOTO REUTERS ] ??
[ FOTO REUTERS ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia