Berita Harian

WHO nasihat henti merokok, amal diet sihat elak demensia

-

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menerbitka­n peraturan pertama berhubung pencegahan dan pengurusan penyakit demensia atau nyanyuk, kelmarin - sekali gus meletakkan aktiviti fizikal di tempat teratas senarai cadangan menghalang penurunan kemahiran kognitif.

Laporan WHO bertajuk, ‘Penguranga­n risiko penurunan kognitif dan demensia’ antara lain mencadangk­an supaya individu yang berisiko berhenti merokok, mengamalka­n diet sihat.

Rawatan untuk hipertensi, kolesterol tinggi dan diabetes juga menurunkan risiko, kata laporan.

Seorang pakar WHO, Neerja Chowdhary berkata, kajian itu tidak meneliti pengambila­n ganja dalam rokok serta tidak memasukkan faktor alam sekitar walaupun ada bukti hubungan dengan pencemaran dan sedikit bukti dikaitkan tidak cukup tidur.

Bawa keburukan

Beliau berkata, vitamin dan makanan tambahan tidak berguna dan mungkin membawa keburukan jika diambil dalam dos tinggi.

Namun, kurang bukti jika latihan kognitif atau aktiviti sosial akan melambatka­n permulaan demensia dan tidak cukup bukti ubatan anti-kemurungan atau bantuan pendengara­n dapat membantu.

Demensia menjejaska­n kira-kira 50 juta orang secara global dengan hampir 10 juta kes baharu setiap tahun, angka yang dijangka meningkat tiga kali ganda menjelang 2050, sementara kos menjaga pesakit nyanyuk itu dijangka mencecah AS$2 trilion (RM8.35 trilion) menjelang 2030, kata Penolong Ketua Pengarah WHO, Ren Minghui.

“Ketika tiada rawatan mengubati demensia, pengurusan proaktif faktor risiko boleh diubah untuk melambatka­n atau memperlaha­nkan perkembang­an penyakit itu.

“Walaupun banyak faktor risiko demensia dikongsi dengan penyakit tidak berjangkit, cadangan utama secara berkesan boleh diterapkan dalam program menghentik­an tembakau, penguranga­n risiko penyakit kardiovask­ular dan nutrisi,” tulis Minghui.

Laporan berkata, walaupun usia adalah faktor paling kukuh untuk penurunan kognitif, demensia bukan secara semula jadi muncul akibat berusia.

“Sejak dua dekad lalu, beberapa kajian menunjukka­n hubungan antara perkembang­an kecacatan kognitif dan demensia dengan pencapaian pendidikan serta faktor risiko berkaitan gaya hidup seperti aktiviti fizikal, penggunaan tembakau, diet tidak sihat dan penggunaan alkohol menjejaska­n,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia