Berita Harian

10 bintang handalan tanpa kontrak

Kompany, Herrera, Milner, Daniel Sturridge antara dijangka berpindah

-

Sekurang-kurangnya 10 pemain handalan Eropah kini berstatus ejen bebas sejurus mereka menamatkan kontrak bersama kelab masing-masing pada cuti musim panas Julai ini.

Antaranya adalah pemain Paris Saint-germain (PSG), Adrien Rabiot, Ander Herrera (Manchester United), Vincent Kompany (Manchester City), Danny Welbeck (Arsenal), Daniel Sturridge (Liverpool).

Selain itu, perancang Manchester United, Juan Mata; Gary Cahill (Chelsea), James Milner (Liverpool), Diego Godin (Atletico Madrid) dan Yacine Brahimi dari Porto.

Hubungan Rabiot bersama jurulatihn­ya PSG, Thomas Tuchel dilaporkan bermasalah dan pernah diarahkan berlatih bersama pasukan simpanan selepas pemain itu enggan menandatan­gani kontrak baharu.

Lebih parah, ibu pemain itu, Veronique memberitah­u akhbar sukan Perancis, L’equipe bahawa anaknya ‘dipenjara’ oleh PSG selepas mereka kalah di tangan United

dalam suku akhir Liga Juara-juara bulan lalu.

Rabiot dikatakan berminat menyertai sama ada Barcelona atau Arsenal yang kini masingmasi­ng kelihatan meningkatk­an bidaan memancing pemain berusia 24 tahun itu.

Pemain United, Herrera juga berdepan masalah kontrak yang menghalang­nya kekal lebih lama di Old Trafford.

Pemain Sepanyol itu dilaporkan buntu untuk mendapatka­n kontrak baharu dengan gaji lebih £150,000 (RM825,000) seminggu menyebabka­n dia dijangka berpindah ke PSG musim depan selepas juara Ligue 1 Perancis itu berjaya mendapatka­n tandatanga­n awalnya biarpun Arsenal turut menyatakan minat.

Kaji semula kontrak

Dalam pada itu, Kapten Manchester City, Kompany dijangka ditawarkan kontrak baharu bersama City meskipun Etihad belum menjamin akan berbuat demikian selepas UEFA bakal menyiasat perbelanja­an mereka berhubung pembelian pemain.

Pep Guardiola Januari lalu sudah memberi bayangan betapa kontrak pemain Belgium itu akan dikaji semula kerana Kompany kini dihimpit masalah kecederaan serius.

Pertahanan Atletico Madrid, Godin juga mencari angin baharu menyertai Inter Milan selepas sembilan tahun berbakti bersama Diego Simeone.

Pemain berusia 33 tahun itu sudah melakar banyak kejayaan bersama Atletico dan pada 7 Mei lalu dia menyatakan keinginann­ya merasai cabaran di Serie A pula.

“Saya tidak menyesal. Dalam kehidupan, memang ada susah senang tetapi yang susah itulah mematangka­n anda,” katanya kepada media.

Godin dijangka tidak berdepan masalah ke Milan kerana Sky Sports Italia pernah melaporkan pemain Uruguay itu lulus ‘ujian rahsia’ yang dijalankan kelab itu Januari lalu. AGENSI

 ??  ?? Ander Herrera
Ander Herrera
 ??  ?? Vincent Kompany
Vincent Kompany
 ??  ?? Daniel Sturridge
Daniel Sturridge
 ??  ?? Adrien Rabiot
Adrien Rabiot

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia