Berita Harian

Pemain City terus dikerah

Tak diberi peluang raih menang EPL, persiap buru kejuaraan

-

Pemain Manchester City tidak diberi terlalu banyak masa untuk meraikan kejayaan mempertaha­nkan gelaran kejuaraan sebaliknya terus dikerah mempersiap­kan diri untuk perlawanan akhir Piala FA berdepan Watford, di Wembley, Sabtu ini.

Anak buah Pep Guardiola berjaya melepasi cabaran hebat Liverpool dalam perebutan

kejuaraan musim ini selepas muncul juara menerusi kelebihan satu mata di depan skuad The Reds.

Pep Guardiola mengetuai sesi latihan di Kompleks Latihan Etihad ketika City memulakan misi terakhirny­a untuk pemburuan trofi ketiganya musim ini.

Pada aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad lalu, The Citizens berdepan detik cemas seawal minit pertama apabila Glenn Murray menjaringk­an gol pendahulua­n untuk skuad Seagulls tatkala Liverpool juga sudah mendahului lawannya,” kata Wolves di Anfield.

Namun Sergio Aguero pantas memadamkan kelebihan Brighton itu sebelum Aymeric Laporte menanduk satu gol lagi. Riyad Mahrez dan Ilkay Gundogan kemudian masing-masing menjaringk­an satu gol untuk memastikan City menang 4-1 di Stadium Amex.

Dia kini dilihat kembali menjalani latihan bersama Gabriel Jesus dan kapten Vincent Kompany dalam suasana riang dan lebih kepada kemahiran mengekang asakan lawan berbanding teknik menyumbat gol.

Pertahan gelaran

Vincent Kompany, yang menjaringk­an gol jarak jauh 22 meter ketika menang 1-0 ke atas Leicester City menjadi watak penting memastikan City mempertaha­nkan gelaran liga dengan hanya kelebihan satu mata mengatasi Liverpool.

Namun masa hadapannya bersama Manchester City belum pasti susulan kontraknya yang tamat musim panas ini belum diperbahar­ui.

Kompany bagaimanap­un dikatakan perlu memastikan trofi ketiga itu dalam genggaman City sebagai syarat ditawarkan kontrak baharu kekal di Etihad musim depan.

 ??  ?? Barisan pemain City giat berlatih untuk final Piala FA.
Barisan pemain City giat berlatih untuk final Piala FA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia