Berita Harian

Quartararo sasar rentak positif di Le Mans

-

Kuala Lumpur: Pelumba PETRONAS Yamaha Sepang Racing (PETRONAS Yamaha SRT), Fabio Quartararo mahu membawa momentum positif di Jerez ke perlumbaan laman sendiri iaitu Grand Prix (GP) Perancis, minggu ini.

Pasukan yang meraih kelayakan 1-2 di GP sepanyol dua minggu lalu itu turut meraih keputusan terpantas pada ujian selepas itu meskipun hari perlumbaan menyaksika­n Quartararo tidak menamatkan saingan.

Pelumba berusia 20 tahun dari Nice yang kini memegang rekod pelumba termuda yang menyambar petak hadapan dalam perlumbaan kelas Motogp berkata: “Kami hanya boleh merumuskan sesuatu yang positif dari GP Sepanyol.

“Kami menyambar posisi petak utama, kami bertarung untuk ke podium dan pada Isnin, kami muncul terpantas dalam ujian dengan pasukan mencuba banyak perkara untuk perlumbaan seterusnya.

“Sesuatu yang bagus untuk ke Le Mans selepas minggu yang hebat di Jerez. Tentunya ramai penyokong di GP Perancis dan ini menambahka­n lagi motivasi saya.

“Selain itu ia turut memberi tambahan tekanan kerana ini adalah GP laman sendiri buat saya tetapi pada penghujung­nya adalah lebih baik untuk berlumba dengan semua penyokong berada di belakang saya.

“Saya fikir Yamaha YZR-M1 bersesuaia­n dengan trek Le Mans kerana sejak beberapa tahun kebelakang­an ini Yamaha sudah meraih keputusan baik di sana.

Lakukan yang terbaik

“Saya percaya kami akan dapat keputusan yang baik. Kami akan melakukan yang terbaik dan bekerja seperti mana sebelum ini di Jerez.”

Selepas empat perlumbaan, Quartararo atau dikenali sebagai ‘El Diablo’ itu sudah mengumpul 17 mata untuk berada di tangga ke-13 keseluruha­n.

Sementara itu rakan sepasukann­ya, Franco Morbidelli dahagakan lebih banyak kejayaan positif selepas apa yang dijelmakan pasukan di Jerez.

“Selepas empat perlumbaan, kami mungkin sudah berada di mana yang kami mahukan, berjuang untuk merebut gelaran Pasukan Pelumba Bebas Terbaik tetapi kami mahukan sesuatu yang lebih lagi.

“Saya rasa selepas GP Sepanyol peluang untuk kami ke podium semakin menjadi realiti tetapi kami masih mempunyai kerja berat di depan, kami harus terus berjuang untuk mendapatka­nnya,” kata Morbidelli.

 ??  ?? Quartararo bakal berlumba di GP Perancis.
Quartararo bakal berlumba di GP Perancis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia