Berita Harian

MFL lancar ‘Blueprint 50 tahun’

Perancanga­n jangka panjang pacu Liga M ke tahap lebih maju, berdaya saing

- Oleh Zulfaizan Mansor

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) meletakkan harapan tinggi ke atas ‘Blueprint 50 Tahun’ yang bakal dilancarka­n tidak lama lagi untuk memacu Liga Malaysia (Liga M) ke tahap lebih maju dan berdaya saing.

Perancanga­n jangka panjang strategik itu jelas menepis tanggapan bahawa pihaknya tidak merangka misi dan visi untuk pembanguna­n Liga Malaysia (Liga M) serta pasukan

yang bertanding.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata pelan strategik 50 tahun itu akan menjadi satu pegangan kukuh buat badan pentadbir liga tempatan itu.

Rencana perancanga­n jangka masa panjang

“Hala tuju MFL akan dibukukan untuk kita merencana perancanga­n jangka panjang. Saya fikir Tunku Ismail Sultan Ibrahim (Pengerusi MFL) mahu memastikan perancanga­n jangka masa panjang MFL diletakkan dengan jelas sebagai pegangan dan hala tuju buat MFL dan rakan kongsinya.

“Ini kerana kita tidak mahu jika berlakunya perubahan di peringkat pengurusan tertinggi, ia akan menimbulka­n ketidaksta­bilan jika fokus tidak diberi kepada hala tuju yang ditetapkan.

Perancanga­n Jepun 100 tahun

“Ini yang dilakukan sendiri oleh Liga J (Liga Jepun) dengan perancanga­n 100 tahun sejak 1992 terus dikekalkan, walaupun apa saja perubahan dan kesukaran yang timbul,” katanya.

Kevin berkata, selepas pelancaran Blueprint 50 Tahun MFL ditangguhk­an bulan lalu, mereka kini sedang mencari masa sesuai untuk dilancarka­n.

“Pelancaran Blueprint ini akan diadakan tidak lama lagi, mungkin selepas Aidilfitri apabila Ahli Lembaga Pengarah bersetuju dengan tarikh ditetapkan,” katanya.

Salah tafsir kenyataan

Mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Badan Pentadbir Liga Jepun (Liga J), Mitsuru Murai sebelum ini, Kevin berkata kenyataan rakan baik MFL itu disalah tafsir oleh sesetengah pihak.

“Sebenarnya, Murai memberi satu komen positif dan mengatakan bahawa beliau kagum MFL sanggup melakukan perancanga­n jangka panjang walaupun untuk tempoh 50 tahun berbanding 100 tahun untuk Liga J.

“Mereka ada bekerjasam­a dengan kita untuk memastikan perancanga­n 50 tahun kita adalah perancanga­n rapi dan terbaik untuk jangka masa panjang,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia