Berita Harian

‘Memang kami patut kalah’

Rajagobal kecewa anak buah ‘terkulai’ dikejutkan KL

- Oleh Syafiq Aznan

Itu reaksi daripada pengendali PKNS FC, Datuk K Rajagobal selepas menyaksika­n anak buahnya 'terkulai' apabila dikejutkan pasukan tercorot liga, Kuala Lumpur dengan keputusan 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), kelmarin.

Rajagobal berkata, anak buahnya jelas gagal menunjukka­n persembaha­n seperti dimahukan sebaliknya menghadiah­kan dua gol mudah kepada pasukan lawan.

Sia-siakan peluang

“Kita datang dengan keyakinan yang mana kita memulakan perlawanan dengan positif dan menguasai permainan. Namun, kita mensia-siakan beberapa peluang yang dicipta. Ia pasti memberi kelebihan kepada kita jika semuanya dapat disudahkan dengan baik.

“Selepas itu, kita beraksi longlai dan hantaran serta kawalan bola yang tidak berapa baik apabila tiada intensiti yang ditunjukka­n. Kita cuba bangkit pada 15 minit terakhir untuk mendapatka­n gol penyamaan namun sudah terlalu lambat.

Pada aksi terbabit, skuad Semut Merah bermula cemerlang apabila meledak gol seawal minit keempat menerusi penyudah Romel Morales, namun Indra Putra Mahayuddin mengikat kedudukan pada minit ke26 sebelum Azmi Muslim meledak gol kemenangan buat tuan rumah pada babak kedua.

Sementara itu, jurulatih skuad The Hawks, Chong Yee Fatt menegaskan anak buahnya tidak seharusnya terbuai dengan kemenangan itu memandangk­an perjalanan liga masih jauh.

Meskipun mengakui kemenangan terbabit sedikit memberikan ruang untuk mereka ‘bernafas’ namun, Yee Fatt menuntut anak buahnya meneruskan aksi konsisten bagi menyelamat­kan mereka daripada tersingkir ke Liga Perdana musim hadapan.

“Sudah tentu saya gembira dengan kemenangan ini namun kami hanya memungut tiga mata. Memang ia memberi kelegaan sedikit tapi tekanan masih ada ketika saingan masih lagi berbaki sembilan perlawanan,” katanya.

 ?? [FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA /BH] ?? Pemain PKNS FC, Chan Vathnaka mengasak pemain Kuala Lumpur pada saingan Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, kelmarin.
[FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA /BH] Pemain PKNS FC, Chan Vathnaka mengasak pemain Kuala Lumpur pada saingan Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia