Berita Harian

Kejuaraan ke-6 JDT di landasan

Harungi baki sembilan aksi dengan kelebihan 8 mata

- Oleh Rizar Mohd Noor

Kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menewaskan Pahang 2-0 pada aksi Liga Super, kelmarin, memberi sinar buat pasukan itu menjulang kejuaraan liga buat kali keenam berturut-turut pada musim ini.

Walaupun berbaki sembilan lagi perlawanan, berdasarka­n prestasi semasa skuad yang dibimbing Luciano Figueroa dan Benjamin itu tampak tidak berdepan masalah untuk mencipta sejarah sebagai pasukan

pertama menjuarai liga enam musim berturut-turut.

Skuad yang bergelar Harimau Selatan itu perlu mengharung­i empat aksi di stadium keramat mereka iaitu Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin dan lima aksi di tempat lawan yang dianggap begitu mencabar buat pasukan itu yang masih mengekalka­n rekod tanpa kalah selepas mengharung­i 13 perlawanan.

Tanpa kelibat Natxo Insa yang masih dibelenggu kecederaan, JDT tampak tidak gusar tatkala memiliki permata yang kini menyinar apabila kelibat Afiq Fazail yang beraksi konsisten setiap kali diturunkan dan sering mendapat pujian Figueroa.

Jika dilihat cabaran getir JDT adalah pertemuan menentang Kedah 25 Mei ini, selang beberapa hari selepas skuad Harimau Selatan mengharung­i aksi terakhir saingan Liga JuaraJuara Asia (ACL) menentang Gyeongnam FC di Pusat Bolasepak Changwoon pada 22 Mei ini.

Sudah tentu percaturan berbeza bakal dilakukan Figueroa dan Mora dan kemungkina­n mempertaru­hkan barisan pemain kedua dengan memberi tumpuan pada pertembung­an menentang skuad Lang Merah yang tampak prestasi semakin meningkat.

Tidak pandang remeh

Apa pun JDT juga tidak boleh memandang remeh pertemuan menentang PKNS FC di Stadium Shah Alam Jumaat ini, memandangk­an pasukan bimbingan Datuk K Rajagobal memiliki reputasi berstatus `pembunuh gergasi’ jika barisan pemain JDT bersikap sambil lewa.

Selepas aksi menentang Kedah, tempoh rehat hampir dua minggu kemungkina­n boleh menjejaska­n rentak permainan JDT dan perancanga­n yang rapi perlu dilakukan barisan kejurulati­han JDT untuk memastikan momentum permainan tidak terganggu.

Seandai melepasi aksi menentang PKNS FC dan Kedah sebelum tempoh rehat, JDT akan berdepan PKNP FC di gelanggang lawan dan kembali ke Larkin melayani kunjungan Selangor dan seterusnya menentang Melaka di tempat lawan.

Aksi di tempat lawan seterusnya, JDT akan menentang Perak dan kembali ke Larkin untuk berdepan Petaling Jaya City FC dan beraksi di gelanggang lawan untuk menentang Kuala Lumpur sebelum mengakhiri saingan liga menentang Terengganu FC (TFC) di stadium keramat JDT.

Persoalann­ya mampukah JDT meneruskan rentak kemenangan dan mengekalka­n rekod tanpa kalah bagi mengharung­i bagi sembilan perlawanan lagi. Semuanya terserah kepada kesungguha­n dan keinginan setiap pemain JDT yang inginkan kejuaraan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia