Berita Harian

Amril, Afandi cari penyelesai­an

-

Kuala Lumpur: Pendirian dan keputusan akhir ahli perniagaan, Datuk Seri Amril Aiman Abd Aziz untuk mengambil alih jawatan presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) bakal terjawab petang ini.

Satu pertemuan antara Amril dan Timbalan Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah seperti disarankan Bibi Ramjani Ilias Khan dijangka diadakan hari ini, namun isi perbincang­an kedua-dua pihak tidak didedahkan.

“Insyaallah perjumpaan itu (diadakan) esok (hari ini),” kata Amril ketika ditanya tarikh perjumpaan bersama Afandi.

“Saya belum boleh pastikan perjumpaan itu akan berkisar mengenai apa. Di pihak saya, tidak ada apa lagi untuk diterangka­n sebab sebelum ini pun sudah jelas apa hasrat saya.

“Insyaallah petang esok (hari ini), selepas (perjumpaan) selesai, saya boleh buat kenyataan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Terangkan kedudukan sebenar

BH Sukan sebelum ini melaporkan Amril Aiman bertegas akan menggunaka­n apa cara sekalipun untuk mengambil alih pucuk pimpinan KAFA selepas perbincang­an empat mata dengan Bibi menemui jalan buntu.

Gertakan itu jelas memberi kesan kepada Bibi yang akhirnya sedia menyerahka­n jawatannya kepada ahli perniagaan itu, namun meminta Amril mengadakan perbincang­an dengan Afandi sekiranya dia berminat mengambil alih tampuk kepemimpin­an persatuan itu.

Sebelum ini Afandi berkata, pertemuan itu dijangka membincang­kan hasrat Amril untuk mengambil alih KAFA daripada Bibi dan beliau juga akan menerangka­n kedudukan sebenar yang dihadapi badan induk itu.

Di peringkat lebih bawah, Persatuan Bolasepak Jajahan (PBJ) Pasir Mas tampil menyatakan pendirian sedia menerima presiden baharu sekiranya calon yang berhasrat merebut jawatan itu memiliki kekuatan dan kemampuan lebih baik berbanding Bibi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia