Berita Harian

Persembaha­n buruk punca protes

PBSNT minta penyokong TFC bertenang, sudah jumpa pengurusan pasukan

- Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin

buruk pemain. Ia adalah luahan spontan akibat kekecewaan melihat prestasi pemain yang hambar.”

Demikian kata Presiden Kelab Penyokong TFC, Mohd Isa Che Ariffin ketika diminta mengulas mengenai insiden lebih 200 penyokong skuad Penyu yang membuat bantahan di luar pintu masuk utama Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, sejurus aksi berkenaan, kelmarin.

Penyokong tegar skuad Penyu itu dilihat berkumpul sambil melaungkan kata-kata pedas termasuk meminta pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) melakukan rombakan terhadap pemain termasuk awang import kerana gagal mempamerka­n aksi terbaik.

Mengulas lanjut, Mohd Isa turut mengulangi desakan pihaknya supaya PBSNT melakukan rombakan pemain terutama pada posisi pertahanan, susulan kekalahan memalukan skuad Penyu kepada kelab daripada Petaling Jaya itu.

Sia-sia peluang

Katanya, kelalaian pemain TFC selain prestasi mereka yang dilihat lemah walaupun sudah mendahului 3-0 pada awal perlawanan menyebabka­n peluang kemenangan disia-siakan dan ia tidak sepatutnya berlaku.

Sementara itu, Setiausaha Agung PBSNT, Datuk Tengku Farouk Husin Tengku Abdul Jalil berkata, rombakan pemain seperti desakan penyokong TFC bukan penyelesai­an tuntas terhadap prestasi persembaha­n skuad penyu itu.

Katanya, PBSNT sudah bertemu pengurusan TFC termasuk barisan jurulatih termasuk Ketua Jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim dan beberapa teguran sudah disampaika­n bagi memastikan pasukan mempamer aksi terbaik pada perlawanan seterusnya.

Terlalu kecewa

“Kita pun tidak pasti mengapa reaksi penyokong begitu sekali selepas TFC ditewaskan PJ City. Mungkin mereka terbawabaw­a dengan kekecewaan susulan kekalahan TFC di tangan Pahang pada Piala FA. Harap mereka bertenang.

“Kita sudah pun bertemu dengan pengurusan pasukan dalam mesyuarat yang dipengerus­ikan Timbalan Presiden PBSNT, Hishamuddi­n Abdul Karim pagi tadi dan mereka pun sudah jelaskan masalah berlaku yang menyebabka­n kegagalan TFC meraih kemenangan dalam perlawanan semalam,” katanya.

 ??  ?? Sebahagian penyokong Terengganu FC berkumpul di perkaranga­n stadium sebagai tanda protes atas kekalahan pasukan mereka ketika perlawanan menentang Petaling Jaya City FC pada aksi perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin.
Sebahagian penyokong Terengganu FC berkumpul di perkaranga­n stadium sebagai tanda protes atas kekalahan pasukan mereka ketika perlawanan menentang Petaling Jaya City FC pada aksi perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia