Berita Harian

Hodak gusar tiga isu

-

Kuala Lumpur: Tiga perkara menjadi kerisauan buat pengendali skuad muda kebangsaan, Bojan Hodak untuk mempersiap barisan pemainnya bagi mengharung­i Kejuaraan Bawah 18 (B-18) Persekutua­n Bolasepak ASEAN (AFF) 2019 di Vietnam pada Ogos ini.

Jelas pengendali dari Croatia itu, faktor kecergasan, pengalaman dan minit perlawanan menjadi kegusarann­ya ketika ini sambil mengakui barisan pemainnya perlu lebih bekerja keras sebelum berdepan saingan terbabit.

“Mereka kekurangan aksi sukar yang dapat menguji potensi sepenuhnya. Apabila mereka beraksi di peringkat antarabang­sa, intensitin­ya jauh lagi tinggi dan permainann­ya lebih pantas.

“Jadi, kita perlu berlatih dengan cara yang sama di mana corak latihan yang lebih berintensi­ti tinggi dan lebih pantas akan diterapkan. Tiada tekanan buat saya meskipun kelompok pemain sebelum ini meraih kejayaan di peringkat Asia Tenggara,” katanya.

Sebagai rekod, seramai 32 pemain dipanggil Hodak bagi kem latihan pusat yang bermula kelmarin dan mereka akan mengharung­i latihan selama 11 hari serta berdepan aksi persahabat­an bertemu Selangor United (Ahad), Kuala Lumpur (21 Mei) dan PDRM (23 Mei).

Sementara itu, penyerang muda negara, Luqman Hakim yang sebelum ini dikatakan diintai pasukan Liga 1 Jepun (J1), Cerezo Osaka enggan khabar angin terbabit menjejaska­n fokusnya dalam memberikan yang terbaik buat skuad negara.

“Fokus utama saya untuk merebut tempat dalam skuad B-18 dan tumpuan saya tetap pada aksi domestik. Saya tahu saya perlu terus bekerja keras dan ini bukanlah satu tugasan yang mudah.

“Walaupun kami sudah mengharung­i banyak perlawanan, saya tidak akan ambil mudah dan akan teruskan apa yang mampu saya lakukan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia