Berita Harian

Presiden PBSNT janji adakan bedah siasat

-

Kuala Terengganu: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengesahka­n akan melakukan bedah siasat terhadap kekalahan memalukan Terengganu FC (TFC) kepada Petaling Jaya City FC (PJ City) 3-5, pada aksi Liga Super di sini, kelmarin.

Presidenny­a, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata bedah siasat itu penting bagi mengenal pasti punca prestasi kemerosota­n prestasi pemain TFC sehingga mereka tewas mengejut di tangan pendatang baharu Liga Super itu di laman sendiri.

“Semua pihak kecewa dengan prestasi TFC malam tadi (kelmarin). Tetapi kita akan tengok balik apa sebenarnya berlaku sehingga perlawanan berakhir begitu teruk sekali. Daripada kita menang pada awalnya, di saat-saat akhir kita boleh kalah pula.

“Kita akan tengok balik secara keseluruha­n. Kita tidak ragu-ragu mengenai keupayaan jurulatih kita. Tetapi kita akan tengok balik di mana kelemahan strategi dan apakah perkara yang menyumbang kepada kekalahan itu. Kita ambil serius,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat mingguan EXCO di Wisma Darul Iman di sini, semalam.

Tak luntur semangat

Dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah itu, TFC mendahului pada babak pertama perlawanan dengan 3-0, namun skuad The Pheonix itu tidak luntur semangat apabila bangkit bertenaga pada babak kedua sebelum mencatat kemenangan 5-3.

Kekalahan tidak dijangka itu menyebabka­n lebih 200 peminat setia TFC berkumpul di luar pintu masuk utama stadium sejurus tamat perlawanan sebagai tanda protes berikutan prestasi memalukan dipamerkan pemain.

Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, beliau maklum prestasi setiap pemain ada ada turun dan naik, tetapi perlu mencari jalan keluar untuk meminimaka­n kekalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia