Berita Harian

Kaji tarikan ekopelanco­ngan berasaskan gajah di Telupid

Kajian teliti hidupan liar wujud sumber ekonomi kepada penduduk

- Oleh Poliana Ronnie Sidom

Satu kajian sedang dilakukan bagi mengenal pasti potensi Telupid menjadi lokasi baharu tarikan ekopelanco­ngan berasaskan hidupan liar, terutama gajah.

Kajian untuk menilai peluang dan cabaran melaksanak­an aktiviti ekonomi pelanconga­n berasaskan gajah itu dijalankan Seratu Aatai, iaitu projek yang menumpukan usaha memahami ekologi gajah di luar kawasan perlindung­an.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sandakan, Hussien Muin, berkata pelaksanaa­n kajian itu yang diluluskan Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, dijangka siap tahun ini dengan

meneliti bagaimana kehadiran gajah dapat mewujudkan sumber ekonomi kepada penduduk setempat.

Ubah konflik

Beliau berkata, kajian itu juga selaras sasaran kerajaan untuk mewujudkan kawasan pelanconga­n baharu di setiap daerah dalam tempoh lima tahun.

“Apabila siap nanti, kajian ini akan dipasarkan untuk memberi panduan mewujudkan destinasi ekopelanco­ngan berasaskan gajah.

“Ini antara usaha bagi mengubah konflik menjadi sumber sosioekono­mi kepada penduduk seperti di Sukau, Kinabatang­an, suatu ketika dulu,” katanya kepada BH, di sini.

Konflik kehadiran gajah di Telupid bermula sejak 2013 selepas beberapa kumpulan haiwan itu dipercayai dari Hutan Simpan Deramakot, kira-kira 80 kilometer dari kawasan terbabit, dikesan merosakkan tanaman dan harta benda penduduk.

Difahamkan, sekurang-kurangnya ada 35 gajah Pygmy Borneo dikesan kerap ke Telupid menyebabka­n penduduk beberapa kampung seperti Kampung Liningkung, Bauto, Gambaron, Kampung Telupid dan Pekan Telupid, terancam.

Sejak 2013, lapan gajah yang menceroboh kawasan itu ditangkap dan dipasang kolar dalam usaha JHL memantau pergerakan haiwan berkenaan.

Projek Seratu Aatai yang bermaksud perpaduan dalam bahasa Sungai, bertujuan membangunk­an keupayaan tempatan bagi menangani konflik antara gajah dengan manusia di Sabah.

 ?? [FOTO POLIANA RONNIE SIDOM/BH] ?? Operasi memindahka­n semula gajah Pygmy Borneo ke hutan selepas menceroboh beberapa kampung di Telupid, Sandakan.
[FOTO POLIANA RONNIE SIDOM/BH] Operasi memindahka­n semula gajah Pygmy Borneo ke hutan selepas menceroboh beberapa kampung di Telupid, Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia