Berita Harian

Kecewa RTM kurang liputan operasi antirabies: Uggah

Stesen televisyen perlu sebar maklumat kepada rakyat

- Oleh Mohd Roji Kawi

Kerajaan Sarawak kecewa Radio Televisyen Malaysia (RTM) kurang membuat liputan terhadap operasi antirabies dijalankan di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, mendakwa RTM sepatutnya lebih peka dengan masalah sedang dihadapi, malah liputan meluas berhubung operasi itu perlu bagi memberikan maklumat kepada rakyat.

Selain itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, operasi itu bukan hanya dilaksanak­an kerajaan negeri tetapi juga membabitka­n banyak agensi Persekutua­n.

“Ini bukan program politik. Operasi itu turut membabitka­n agensi Persekutua­n seperti

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kementeria­n Kesihatan, Jabatan Perkhidmat­an Veterinar di Putrajaya, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat bersama Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith, di pejabatnya, di sini, kelmarin.

Dakwa mesyuarat tidak dihadiri pegawai RTM

Dalam pada itu, Uggah berkata, pihaknya turut kecewa kerana mendakwa banyak mesyuarat yang diadakan tidak dihadiri pegawai RTM.

“Ini amat menyedihka­n kerana kita perlu menyebarka­n kepada rakyat mengenai strategi untuk menangani wabak rabies.

“Tidak lama selepas sambutan Aidilfitri nanti, kami akan meneruskan operasi antirabies ke bahagian lain di negeri ini,” katanya.

Justeru, beliau berkata, kerajaan negeri berharap sebarang salah faham, jika wujud, harus diselesaik­an dengan baik.

 ??  ?? Uggah mengadakan mesyuarat bersama Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith di pejabatnya, di Kuching, kelmarin.
Uggah mengadakan mesyuarat bersama Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith di pejabatnya, di Kuching, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia