Berita Harian

TAK BOLEH PINDAH MILIK

112,635 peneroka FELDA berdepan risiko hilang hak ke atas tanah diusahakan sejak lebih 60 tahun lalu kerana wujud sekatan perundanga­n yang menghalang sebarang pindah milik harta terbabit kepada generasi kedua. Tanah rancangan FELDA tertakluk kepada Akta P

- Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar

Laporan Siti Fatimah Mohamed Anwar

Peneroka FELDA berisiko kehilangan hak ke atas tanah rancangan diusahakan sejak lebih 60 tahun lalu kerana wujud sekatan perundanga­n yang menghalang sebarang pindah milik harta terbabit kepada generasi kedua.

Ini berlaku kerana FELDA tertakluk kepada Akta Penempatan Berkelompo­k (GSA) 1967, sekali gus menyebabka­n statusnya berbeza dengan tanah biasa di bawah Kanun Tanah Negara.

Ketika ini, 40 peratus daripada 112,635 peneroka FELDA di seluruh negara adalah peneroka asal dan daripada jumlah itu, hampir 79,000 adalah generasi kedua dan ketiga.

Sekatan aspek perundanga­n itu menyebabka­n tiada sebarang urusan jual beli, pindah milik, gadaian, sewaan, hibah dan wasiat yang sah boleh dilakukan ke atas tanah itu, melainkan dengan persetujua­n bertulis FELDA. Bagaimanap­un setakat ini tiada kelulusan pernah dibenarkan.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pengurusan Hartanah Universiti Teknologi MARA (UITM) Shah Alam, Prof Madya Dr Rohayu Abdul Majid, berkata kajian pihaknya mendapati sekatan itu menyebabka­n urusan pindah milik tanah FELDA kepada waris mereka semakin sukar, walaupun peneroka mempunyai geran hak milik selepas premium tanah dijelaskan sepenuhnya.

“Walaupun selepas menerima geran individu, tanah itu tetap tidak boleh dianggap milik mutlak peneroka yang boleh diwariskan secara langsung kepada generasi kedua FELDA.

“Keadaan ini berlaku kerana ada perjanjian di antara peneroka asal dan FELDA yang mengikat kedua-dua pihak, sekali

gus menghalang milikan sempurna diberikan kepada peneroka terhadap tanah rancangan yang diusahakan,” katanya kepada BH.

Rohayu berkata, ketika ini sekiranya peneroka meninggal dunia, hanya dua waris boleh dilantik sebagai pentadbir untuk menguruska­n harta berkenaan dan status mereka bukan pemilik aset terbabit.

“Status pentadbir ini tidak sama dengan pemilik tanah. Peranannya hanya mengurus harta berkenaan secara saksama di antara waris. Maksudnya hasil yang diperoleh wajib diagihkan kepada waris lain mengikut bahagian dipersetuj­ui sama ada melalui sistem faraid atau muafakat.

Tertakluk kebenaran FELDA

“Segala transaksi membabitka­n tanah rancangan juga tertakluk kebenaran FELDA. Keadaan ini membimbang­kan kerana tidak ada jaminan bahawa tanah berkenaan akan kekal milik generasi keluarga FELDA dan hak waris hanya sebagai pentadbir, tidak sama seperti pemilik tanah,” katanya.

Rohayu berkata, beliau percaya keadaan ini akan memberi kesan jangka panjang ke atas pemilikan aset warga FELDA, ter utama apabila wujud permintaan pembanguna­n di tanah rancangan terbabit sehingga menuntut pengambila­n tanah.

“Jika berlaku pengambila­n tanah pada masa hadapan untuk pembanguna­n misalnya, apakah jaminan kepada waris yang hanya dilantik sebagai pentadbir ini? Pastinya sebagai pentadbir mereka tidak mempunyai ‘suara’, hak dan kuasa seperti mana pemilik tanah.

“Kita bimbang jika perkara ini berlaku hak waris dan generasi FELDA khususnya dinafikan dan tidak mustahil mereka ini juga boleh terlepas hak milikan terhadap tanah rancangan berkenaan. Sekali pun ada pampasan diberikan, apakah jaminan mereka ini akan menerima pampasan yang setimpal seperti mana pemilik asal,” katanya.

Justeru, beliau berkata, satu penyelesai­an terhadap isu berkenaan perlu dicari memandangk­an ketika ini FELDA sudah merentasi zaman sehingga sebahagian besar sudah diwarisi generasi kedua dan ketiga.

“Sudah tiba masa penambahba­ikan dibuat terhadap GSA bagi membolehka­n harta pusaka FELDA diwarisi generasi seterusnya, selaras usaha melindungi hak warga peneroka yang sekian lama mengusahak­an tanah rancangan itu,” katanya.

Rohayu berkata, kajian pihaknya mendapati tahap kesedaran dalam kalangan peneroka dan waris mereka berhubung isu pewarisan sangat minimum, malah ada yang langsung tidak mengetahui tanah pusaka FELDA tidak boleh diwarisi secara mutlak kepada generasi seterusnya.

Ramai tak tahu status

“Kajian membabitka­n 130 responden peneroka dan waris mereka berusia 18 hingga 50 tahun di FELDA sekitar Kedah dan Terengganu, mendapati kesedaran peneroka dan waris mereka berhubung isu berkenaan sangat rendah iaitu 25.6 peratus.

“Kajian ini merangkumi 35 aspek membabitka­n lapan komponen utama termasuk kadar pembahagia­n, dokumen permohonan, ciri-ciri pemohon yang layak menerima harta si mati, bayaran pemprosesa­n, sijil pengesahan pembahagia­n, proses permohonan harta, pembahagia­n harta dan pemahaman konsep harta tanah FELDA,” katanya.

Beliau berkata, daripada soal selidik berkenaan, hanya sembilan aspek iaitu 25.6 peratus yang diambil maklum oleh responden, khususnya berkaitan dokumen penama (peneroka asal) dan pengesahan ke atas dokumen yang diperlukan.

“Ia lebih kepada perkara asas dalam proses pindah milik memandangk­an ada di antara mereka yang pernah terbabit dengan proses pindah milik harta tanah biasa. “Namun tahap kesedaran ke atas perkara ini hanyalah pada paras 30 peratus, sedangkan pengetahua­n terhadap bahagian pengurusan dokumen, kaedah pembahagia­n, akta yang berkaitan, kekangan pelaksanaa­n serta implikasi pindah milik kurang diambil tahu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia