Berita Harian

Kementeria­n cadang beri insentif guru sambung belajar

-

Georgetown: Kementeria­n Pendidikan bercadang memberi insentif kepada guru yang melanjutka­n pengajian pada peringkat ijazah sarjana dan doktor falsafah (PHD).

Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata kementeria­n itu akan mengadakan perbincang­an dengan Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) mengenai bentuk insentif itu.

“Untuk jangka panjang, kita sedang merangka dan berbincang dengan pihak JPA. Insya-allah saya akan minta pertolonga­n Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung cadangan ini,” katanya berucap pada Majlis Sambutan Hari Guru 2019 yang dirasmikan Dr Mahathir di Pusat Konvensyen SPICE di sini, semalam.

Maszlee berkata, kementeria­n juga sudah menggarisk­an beberapa inisiatif bagi jangka sederhana dan panjang untuk menambah baik tugas guru.

Katanya, beberapa isu, termasuk pelaksanaa­n audit Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 yang sudah dihentikan antara inisiatif jangka sederhana bermula Januari hingga hujung tahun ini.

Audit kendiri

“Pihak sekolah hanya perlu melaksanak­an audit kendiri bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan masing-masing.

“Fasa semakan dan penilaian kendiri dibuka dua kali setahun iaitu pada Januari hingga Mac (Fasa 1) dan Ogos hingga November (Fasa 2), berbanding tiga kali sebelum ini. Sistem atas talian sentiasa dibuka untuk dikemas kini dan pemantauan,” katanya.

Maszlee berkata, bermula tahun ini pengawasan peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dilaksanak­an secara dua fasa pada Oktober dan November ketika waktu persekolah­an.

“Bagi memenuhi keperluan penggantia­n guru bercuti, cuti bersalin dan cuti sakit melebihi 28 hari, sebanyak RM35.2 juta peruntukan disalurkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri supaya sekolah boleh menggunaka­n khidmat guru ganti.

Kenal pasti inisiatif jangka panjang

“Kementeria­n juga sudah mengenal pasti beberapa inisiatif jangka panjang membabitka­n isu lebih kompleks dan memerlukan kajian semula dasar serta peraturan sedia ada; penambahba­ikan infrastruk­tur dan infrastruk­tur teknologi komunikasi maklumat (ICT); mengoptimu­m perjawatan serta pengisian sumber manusia di sekolah.

“Bagi inisiatif jangka panjang pula, selewat-lewatnya akan dilaksanak­an hujung tahun ini. Beberapa inisiatif dirangka, termasuk mengatasi masalah guru terpaksa keluar atas beberapa faktor sehingga menyebabka­n mereka sukar memberikan penumpuan dalam bilik darjah.

“Prosedur operasi standard keselamata­n guru juga sudah siap disemak dan digubal secara menyeluruh. Antara inisiatif akan diberikan ialah Perlindung­an Insurans Guru yang akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia