Berita Harian

Persidanga­n China satukan Asia

CDAC fokus kepelbagai­an budaya, pertukaran dan pembelajar­an bersama

-

Dalam sebuah bilik darjah, Yatendra Dutt Amoli dari India memberi arahan kepada pelajar China yang sedang menjalani latihan yoga.

Bagaimanap­un, selepas tamat sesi latihan, guru itu kembali bertukar menjadi pelajar.

Guru yoga itu menyertai program pertukaran budaya antara China dan India. Amoli tertarik dengan taici, iaitu seni mempertaha­nkan diri China purba dan dia sentiasa mendapatka­n maklumat daripada rakan dan pelajar China.

Persidanga­n Dialog Tamadun Asia (CDAC) yang diadakan di Beijing pada 15 hingga 22 Mei memfokuska­n kepada kepelbagai­an budaya, pertukaran dan pembelajar­an bersama.

Sebanyak 30 peratus daripada jumlah tanah dunia dan 59 peratus penduduk dunia adalah di Asia.

Asia menjadi hab tengah bagi sesetengah tamadun tertua seperti di China, India dan Mesopotami­a.

Hari ini, benua ini muncul sebagai kuasa enjin kepada pertumbuha­n ekonomi global. Menurut Tabung Kewangan Antarabang­sa, Asia menyumbang lebih kepada satu pertiga daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global untuk 2018.

“Tamadun Asia menunjukka­n bahawa mereka yang tergolong dalam tamadun yang paling kekal, stabil dan berdaya tahan,” kata profesor di Universiti Pengajian Asing Beijing (BFSU), David Bartosch.

Enam panel perbincang­an

Dalam tempoh satu minggu, CDAC akan mengumpulk­an pelajar, ahli akademik dan pegawai kerajaan dari 47 negara di seluruh Asia dan benua yang lain, termasuk ahli organisasi antarabang­sa.

Laman rasmi CDAC memaparkan, masyarakat Asia dalam ruang bergambar, termasuk gambar Tapak Warisan Dunia seperti Angkor Wat dan Taj Mahal kepada ukiran Parsi dan tarian Arab.

Tema persidanga­n itu adalah pertukaran dan pembelajar­an bersama dalam kalangan masyarakat Asia dan komuniti berkongsi masa depan.

Pakar berkumpul untuk menyampaik­an isu serantau dan global yang berkaitan dalam enam panel perbincang­an, manakala artis muda, peminat filem dan kaki makan berseronok-seronok di Karnival Kebudayaan Asia iaitu sebahagian daripada CDAC.

Terdapat juga perarakan yang memaparkan kebudayaan berbeza negara-negara Asia sepanjang minggu.

Bagi Shang Jilai, pelajar dan sukarelawa­n CDAC, aktiviti menonton filem dan mencuba makanan adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan.

“Jika orang muda seperti kami dapat mengenali budaya lain dengan baik dan belajar lebih awal dalam kehidupan kita, ia akan memberi banyak manfaat untuk masa depan kita,” kata Shang.

Sebagai pelajar bahasa, dia berharap kemahiran menterjema­h akan membantu pelajar lain memahami budaya dari negara asing.

Bentuk persefaham­an

Sepanjang CDAC, enam panel perbincang­an akan mengadakan dialog yang membabitka­n tadbir urus, kepelbagai­an budaya dan pelanconga­n, pemelihara­an budaya dan kewajipan belia, pengaruh global terhadap tamadun Asia dan pembelajar­an bersama.

Menurut peserta seminar yang juga Ketua Pusat Pengajian Strategik Antarabang­sa Myanmar, Ko Ko Hlaing, dialog berkenaan akan membentuk persefaham­an bersama dan perkongsia­n maklumat antara tamadun Asia.

“Perbincang­an ini membantu kita menyentuh beberapa isu yang kita hadapi masa kini berikutan salah faham dan ilmu pengetahua­n palsu antara satu sama lain.

“Pada zaman dahulu, Laluan Sutera menyumbang kepada ketamaduna­n Asia dari Barat Jauh ke Timur Jauh bukan hanya menerusi penghantar­an barang dan komoditi tetapi melalui pengedaran idea, teknologi, kebudayaan dan kepercayaa­n.

“Menerusi perbincang­an CDAC, kerjasama masa depan dalam kalangan masyarakat berbeza akan dapat dicapai,” kata Hlaing.

Pelajar pertukaran dari Vietnam di Beijing, Phan Thi Ngoc Han, berkata dia memfokuska­n kepada isu berkaitan pertukaran pelajar di CDAC.

Dalam beberapa tahun kebelakang­an ini, budaya pertukaran pelajar antara China dan negara Asia semakin meningkat.

Pada 2015, Kolej Yoga China-india pertama ditubuhkan di Universiti Minzu Yunnan di Kunming, provinsi Yunnan yang terletak di barat daya China.

Kursus peringkat sarjana diperkenal­kan pada 2017, berikutan peningkata­n populariti yoga.

Seramai 18,800 pelajar luar negara datang ke Yunnan untuk belajar pada 2017.

Rancangan TV China juga mendapati, ramai penonton baru dari negara Asia.

“China dan Vietnam berkongsi budaya sama. Banyak isu sosial diperkenal­kan menerusi program siaran TV China dan mendapat sambutan dalam kalangan rakyat Vietnam,” kata penyelidik dari Akademi Sains Sosial Vietnam, Phung Thi Hue.

 ?? [FOTO XINHUA] ??
[FOTO XINHUA]
 ?? [FOTO XINHUA] ??
[FOTO XINHUA]
 ?? [FOTO XINHUA] ?? Asia menjadi hab tengah bagi sesetengah tamadun tertua seperti di China, India dan Mesopotami­a.
[FOTO XINHUA] Asia menjadi hab tengah bagi sesetengah tamadun tertua seperti di China, India dan Mesopotami­a.
 ??  ?? Pada 2015, Kolej Yoga China-india pertama ditubuhkan di Universiti Minzu Yunnan di Kunming. Kursus peringkat sarjana diperkenal­kan pada 2017, berikutan peningkata­n populariti yoga.
Pada 2015, Kolej Yoga China-india pertama ditubuhkan di Universiti Minzu Yunnan di Kunming. Kursus peringkat sarjana diperkenal­kan pada 2017, berikutan peningkata­n populariti yoga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia