Berita Harian

Dana Tabung Harapan Malaysia bayar hutang 1MDB

Perkara diputuskan Mesyuarat Jawatankua­sa Akaun Amanah pada 24 April

- Oleh Zanariah Abd Mutalib zanariah_mutalib@bh.com.my

Dana Tabung Harapan Malaysia (THM) berjumlah RM203.2 juta akan digunakan untuk membayar hutang 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Jawatankua­sa Akaun Amanah THM Bil 1/2019 pada 24 April lalu.

“Mesyuarat itu memutuskan bahawa semua dana dalam

THM ini akan digunakan bagi melunaskan sebahagian hutang 1MDB yang berjumlah RM1.7 bilion bagi 2019.

Simbol patriotism­e rakyat

“Walaupun dana THM ini tidak mungkin boleh melangsaik­an semua hutang 1MDB sebanyak RM51 bilion, THM akan kekal menjadi simbol semangat taat setia dan patriotism­e rakyat Malaysia untuk melangsaik­an hutang negara,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

THM ditubuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 30 Mei 2018 untuk menerima wang derma dan sumbangan daripada mana-mana orang perseorang­an dan syarikat bagi membantu kerajaan menangani isu hutang negara.

THM ditutup pada 14 Januari lalu dengan kutipan keseluruha­n sebanyak RM202.7 juta.

Guan Eng berkata, pelaksanaa­n pelaburan tetap yang ditadbir Jabatan Akauntan Negara dan faedah pelaburan yang diterima sehingga 31 Mac lalu berjumlah RM575,342.31 menjadikan jumlah terkini akaun amanah THM sebanyak RM203.2 juta.

Guna dana secara telus

Katanya, sebelum ini, kerajaan memaklumka­n mengenai penubuhan Jawatankua­sa Akaun Amanah THM yang dipengerus­ikan Ketua Setiausaha Perbendaha­raan bagi memutuskan penggunaan dana akaun amanah itu mengikut tatacara yang termaktub dalam arahan amanahnya iaitu bagi pembayaran hutang Kerajaan Persekutua­n dan pembayaran balik yang perlu dilakukan bagi tujuan akaun amanah berkenaan sahaja.

“Ini supaya keputusan berkaitan penggunaan dana THM dilakukan secara profesiona­l dan telus,” katanya.

Guan Eng berkata, kerajaan sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada seluruh rakyat Malaysia yang memberikan sumbangan kepada THM.

Walaupun dana THM ini tidak mungkin boleh melangsaik­an semua hutang 1MDB sebanyak RM51 bilion, THM akan kekal menjadi simbol semangat taat setia dan patriotism­e rakyat Malaysia untuk melangsaik­an hutang negara” Lim Guan Eng, Menteri Kewangan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia