Berita Harian

SPR sedia bincang

Agensi terbuka terima pandangan semua pihak

- Oleh Zanariah Abd Mutalib zanariah_mutalib@bh.com.my

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) sedia berbincang dengan Pakatan Harapan (PH) dan mana-mana pihak bagi mendapatka­n pandangan dan maklum balas untuk menambahba­ik proses perjalanan pilihan raya.

Pengerusin­ya, Azhar Azizan Harun, berkata ia susulan perkara yang dibangkitk­an

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini, terutama membabitka­n penggunaan aset kerajaan dan larangan anggota pentadbira­n untuk berkempen pada waktu pejabat.

“Tindakan ini selaras dengan ketika kerja libat urus dan keterbukaa­n SPR untuk mendapatka­n input dan pandangan daripada semua pihak, terutama yang terbabit secara langsung dalam pilihan raya.

Pilihan raya lebih adil

“Fokus utama SPR adalah membentuk proses pilihan raya yang adil kepada semua pihak dan ia berjalan dengan telus serta berintegri­ti,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Selasa lalu, Dr Mahathir menyatakan rasa tidak puas hati dengan peraturan SPR yang melarang anggota Kabinet menjalanka­n aktiviti berkempen ketika waktu bekerja pada pilihan raya, yang seolah-olah memberi peluang kepada parti lawan yang tidak mempunyai kerja untuk berkempen selama 24 jam.

Justeru, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan berbincang dengan SPR bagi pertimbang­an pihak berkenaan supaya tiada sekatan ke atas menteri untuk berbuat demikian.

Azhar berkata, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), SPR mengambil pelbagai tindakan untuk menambahba­ik proses pilihan raya dan sedang melihat secara menyeluruh reformasi yang boleh dilaksanak­an.

Katanya, adalah menjadi matlamat SPR supaya semua penambahba­ikan yang sudah, sedang dan akan dilaksanak­an nanti dapat menjamin pilihan raya yang telus, bersih dan adil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia