Berita Harian

Myaqsa teruskan inisiatif di ICC

-

Pada 2 Mei lalu berlangsun­g sesi pertemuan penting antara delegasi Yayasan Myaqsa (Myaqsa) dengan wakil pelbagai bahagian di Mahkamah Jenayah Antarabang­sa (ICC) di The Hague, Belanda. Ini termasuk masing-masing wakil daripada Bahagian Sokongan Guaman, Kerjasama Antarabang­sa dan Analisis Situasi, Pejabat Ketua Pendakwa Raya (OTP) ICC.

Sesi pertemuan itu diadakan sebagai susulan penghantar­an nota komunikasi Myaqsa kepada OTP pada 17 Oktober 2018 mengenai desakan untuk mendakwa rejim Israel atas pelanggara­n Resolusi 2334, Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) yang diluluskan Disember 2016.

Resolusi 2334 adalah keputusan masyarakat dunia yang signifikan di dalam perjuangan membela nasib rakyat Palestin. Bagi Malaysia, resolusi itu melakar sejarah tersendiri apabila negara kita menjadi satu dari empat negara yang menaja, seterusnya berjaya memperoleh sokongan sebulat suara melalui undi 14-0 di UNSC.

Malah, buat pertama kalinya resolusi itu menyaksika­n Amerika Syarikat (AS) mengambil sikap berkecuali, yang pada hakikatnya melakar sejarah unik dan tersendiri kerana belum pernah terjadi berhubung isu Israel. Resolusi itu

secara ringkasnya mengisytih­arkan tindakan Israel mewujudkan penempatan di wilayah Palestin, sebagai tindakan haram dan mencabul hak asasi manusia.

Delegasi Myaqsa mengutarak­an dua hujah utama sebagai desakan terhadap wakil ICC itu. Pertama, Myaqsa berhujah bahawa ICC perlu menerokai langkah pemetaan lebih jelas bagi pastikan usaha pendakwaan terhadap Israel dapat dilakukan dengan cermat tetapi tidak memakan masa lama.

Fakta sejarah membuktika­n bahawa negara Palestin membuat perisytiha­ran melalui Artikel 12(3) Statut Rom untuk menerima bidang kuasa ICC ke atas jenayah yang dilakukan di Wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Jerusalem Timur sejak Jun 2014. Pada Januari 2015, Palestin menyertai Statut Rom dengan menyerahka­n instrumen kesertaan kepada Setiausaha Agung PBB.

Statut Rom berkuatkua­sa buat negara itu bermula 1 April 2015. Selepas menerima rujukan atau pengisytih­aran sah yang dibuat menurut Artikel 12(3) itu, pendakwa ICC mengikut peraturan 25(1) (c) peraturan OTP dan sebagai perkara dasar dan amalan, membuka penyiasata­n awal mengenai situasi diadu Palestin.

Pada 16 Januari 2015, pendakwa mengumumka­n pembukaan awal ke atas situasi di Palestin untuk menentukan sama ada kriteria Statut Rom untuk membuka penyiasata­n dipenuhi, khususnya, di bawah Artikel 53(1) Statut Rom, pendakwa akan menimbangk­an isu bidang kuasa, kebolehter­imaan dan kepentinga­n keadilan dalam membuat penentuan itu.

ICC masih lembap, tak berani

Namun, selepas lebih empat tahun proses demikian berjalan, tidak banyak tindakan berkesan dilakukan ICC bagi memastikan penyiasata­n dan pendakwaan dapat dizahirkan secara segera terhadap entiti pariah Israel.

Walaupun desakan demi desakan dilakukan, ICC masih kelihatan lembap dan tidak berani mengemukak­an langkah drastik yang konsisten dengan bukti jelas daripada terlalu banyak sumber bahawa kekejaman dan pelanggara­n hak asasi manusia berlaku tanpa henti-henti terhadap masyarakat awam Palestin.

Hal ini adalah hujahan kedua yang dinyatakan dengan jelas delegasi Myaqsa kepada ICC ketika memperinci­kan kandungan memorandum berkenaan Resolusi 2334 yang menjadi asas pada tindakan Myaqsa mendesak dakwaan terhadap Israel.

Malah, ternyata keprihatin­an dan desakan Myaqsa bukan persepsi semata-mata, tetapi pendirian tegas yang turut dikongsi bersama pelbagai pertubuhan hak asasi manusia yang memperjuan­g nasib umat Islam Palestin.

Dalam keadaan tanah air Palestin yang semakin hari semakin mengecil kerana diceroboh serta dirampas Israel demi perluasan projek penempatan haramnya, ruang untuk rakyat negara itu mendapatka­n keadilan nampaknya semakin sempit.

Atas keinsafan ini, maka inisiatif dilakukan Myaqsa adalah sebahagian usaha strategik tetapi diiltizamk­an mempunyai impak besar terhadap usaha pembebasan Palestin melalui salah satu saluran kontempora­ri untuk mencapai maksud kemenangan itu.

Semua usaha itu perlu diiktiraf seadilnya menurut peranan dan kesan masing-masing terhadap usaha pembebasan Baitulmaqd­is dan Palestin. Dalam konteks usaha Myaqsa, sikap bijaksana dan berprinsip umat Islam dalam menggunaka­n mekanisme hak asasi manusia, serta peranan kita dalam usaha menekan institusi ‘keadilan’ antarabang­sa seperti Majlis Hak Asasi Manusia, PBB (UNHRC) dan ICC dapat dizahir.

Untuk mengatakan bahawa institusi terbabit 100 peratus perlu ditolak adalah suatu pendirian yang sukar diterima, melainkan semua 57 anggota negara OIC benar-benar kukuh bersatu, berkongsi pandangan alam Islam yang sama dan bermuafaka­t di dalam idea dan tindakan.

Tetapi dewasa ini hal itu tidak mungkin dicapai secara total, walaupun pada hakikatnya kita berkongsi panduan dan agenda akidah, syariat dan akhlak sama. Maka, menggunaka­n saluran kontempora­ri sedia ada adalah antara cara umat Islam mendapatka­n keadilan.

Ini khususnya dalam konteks Palestin, apabila hak mereka dinafi dari segenap aspek, maka ICC adalah hanya satu saluran untuk menzahirka­n kebenaran mengenai kekejaman dan pencabulan hak asasi manusia yang sedang dihadapi mereka.

Maka sewajarnya usaha Myaqsa dan beberapa NGO lain yang sedang mendesak pendakwaan Israel di ICC terus diberi perhatian dan disokong. Hal ini demi menyerlahk­an kebenaran kepada dunia mengenai penindasan dilakukan Israel yang masih belum mendapat pembalasan setimpal.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia