Berita Harian

‘Keluarga tidak sangka kehilangan berakhir tragedi’

-

Kuala Pilah: Suasana sedih dan hiba menyelubun­gi Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengah di sini, apabila jenazah Ketua Jururawat Hospital Serdang (HS), Siti Kharina Mohd Kamarudin yang mayatnya ditemui di Cyberjaya kelmarin, dibawa untuk dikebumika­n malam tadi.

Lebih 100 ahli keluarga dan penduduk, termasuk suami arwah, Mohd Udzir Khalid, 40, dan tiga anak mereka Khairin Uzma, 14, dan pasangan kembar berusia 10 tahun, Khairin Daima Hana dan Khairin Damia Hasya, berada di tanah perkuburan itu.

Mohd Udzir kelihatan sedih sehingga beberapa ahli keluarga terpaksa menenangka­n beliau.

Dikebumi selepas solat Isyak

Jenazah Siti Kharina sebelum itu disembahya­ngkan di rumah keluargany­a Kampung Tengah, sebelum dikebumika­n selepas solat Isyak kira-kira jam 9 malam.

Jenazah Siti Kharina tiba di kampung halamannya dari Hospital Serdang jam 6.15 petang.

Turut menziarahi, Ahli Parlimen Kuala Pilah yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith.

Usaha untuk menemubual suami dan anak arwah juga gagal, apabila mereka enggan ditemubual kerana masih bersedih dengan kehilangan insan tersayang.

Jumpa sebelum puasa

Sementara itu, ibu saudara Siti Kharina, Datin Fauziah Mohamed, 54, berkata kali terakhir mereka berjumpa pada petang sehari sebelum berpuasa di Kampung Tengah, Seri Menanti.

Fauziah berkata, beliau bersama keluarga arwah yang dipanggil Kak Long, pulang ke kampung bagi menyambut Ramadan selain berbincang mengenai persiapan Aidilfitri di kampung.

“Bagaimanap­un tidak nampak sebarang perubahan pada Kak Long ketika itu dan kami berbual seperti biasa, kerana Kak Long seorang yang baik dan peramah.

“Tetapi kehilangan Kak Long dalam tragedi seperti ini amat mengejutka­n keluarga kami, lebih lagi pada Ramadan,” katanya ketika ditemui semalam.

Fauziah berkata, dia amat sedih dengan apa yang berlaku terhadap anak saudaranya.

“Tidak sangka ada orang yang tergamak melakukan jenayah sedemikian dan kami berharap polis dapat menangkap si pelaku ke muka pengadilan,” katanya.

Katanya, dia mengetahui mengenai kehilangan arwah menerusi aplikasi Whatsapp anaknya dan paling mengejutka­n apabila mayat arwah ditemui kelmarin.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Jenazah Siti Kharina dibawa ke kediaman keluargany­a di Kampung Tengah Seri Menanti, semalam.
[FOTO BERNAMA] Jenazah Siti Kharina dibawa ke kediaman keluargany­a di Kampung Tengah Seri Menanti, semalam.
 ?? [FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN/BH] ?? Mohd Udzir (kiri) dipapah ahli keluarga di rumah keluargany­a, di Kampung Tengah, Kuala Pilah, semalam.
[FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN/BH] Mohd Udzir (kiri) dipapah ahli keluarga di rumah keluargany­a, di Kampung Tengah, Kuala Pilah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia