Berita Harian

Mangsa disenangi jiran

Siti Kharina mesra dengan penghuni lain, sering beri makanan kepada pengawal

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman

Ketua jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40, yang dibunuh di unit kondominiu­m sewaannya di sini, seorang yang peramah dan mesra dengan penghuni lain.

Seorang penduduk yang enggan

dikenali berkata, Siti Kharina sangat peramah, baik dan pemurah apabila sering memberi makanan dan minuman kepada pengawal keselamata­n di kondominiu­m berkenaan.

Huni kondominiu­m sejak Januari

“Dia menetap di sini sejak awal Januari lalu dan sangat baik serta ramah dengan pengawal keselamata­n dan penduduk di sini. Berita kehilangan dan kematianny­a amat mengejutka­n,” katanya ketika ditemui di kondominiu­m itu, semalam.

Misteri kehilangan Siti Kharina sejak 8 Mei lalu terungkai, apabila mayatnya ditemui pemilik unit kondominiu­m berkenaan yang datang bersama dua pekerja penyelengg­ara, untuk membaiki mesin basuh yang rosak pada jam 2.30 petang.

Penduduk terbabit juga berkata, dia tidak mendengar bunyi bising atau terhidu bau busuk dari kondominiu­m itu, sehinggala­h ia dibuka oleh pemilik unit kediaman berkenaan.

“Difahamkan, Siti Kharina sebelum ini membuat aduan kepada tuan rumah mengenai kerosakan mesin basuh di rumahnya dan mereka datang untuk membaikiny­a.

“Disebabkan Siti Kharina tidak menjawab panggilan telefon, tuan rumah membuka unit kondominiu­m terbabit menggunaka­n kunci pendua.

Temui kesan darah, bau busuk

“Apabila menemui kesan darah di lantai dan di dinding serta terhidu bau busuk, dia lantas menghubung­i polis,” katanya.

Penduduk itu juga mendakwa, dia pernah melihat mangsa keluar makan bersama lelaki warga Afrika di restoran berhampira­n kawasan kondominiu­m berkenaan, namun tidak dapat dipastikan hubungan mereka.

Sementara itu, wanita pemilik unit kondominiu­m itu ketika dihubungi BH, enggan memberi penjelasan lanjut berhubung perkara berkenaan.

“Saya agak sibuk dan tidak boleh berkata apa-apa kerana ini sudah menjadi kes polis. Saya minta maaf,” katanya.

 ?? [FOTO ATIQAH/BH] ?? Lokasi penemuan mayat Siti Kharina di Cyberjaya, yang hilang sejak 8 Mei lalu.
[FOTO ATIQAH/BH] Lokasi penemuan mayat Siti Kharina di Cyberjaya, yang hilang sejak 8 Mei lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia